Derita tinggal dalam khemah 
Sinar Harian 27 Julai 2010 

PASOH , N.Sembilan - 'Peritnya tanpa tempat berlindung’ itulah luahan hati Mohd 
Faizal Joha 25, apabila rumahnya musnah dalam kebakaran April lalu. 

Lebih memeritkan lagi, dia bersama ayahnya terpaksa tinggal di dalam sebuah 
khemah yang dibina belakang rumahnya atas ihsan penduduk Felda Pasoh 4 sejak 
tiga bulan lalu. 

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab telah memberi jaminan untuk membina 
rumah baru baginya tetapi sehingga kini rumah tersebut masih belum dibina. 

"Sehingga kini rumah masih belum dibina. Hati kami gusar berikutan Hari Raya 
yang akan menjelma tidak lama lagi. Saya ingin mendapatkan hak sebagai warga 
Felda seperti penduduk lain yang diberi perhatian oleh pemimpin masyarakat," 
katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

Faizal yang bekerja sendiri dan menerima elaun RM350 sahaja terpaksa menanggung 
bapanya yang lumpuh tangan kanan serta menghidap penyakit jangkitan kuman dalam 
paru-paru. 

"Saya merayu pihak yang bertanggungjawab untuk menyegerakan pembinaan rumah 
kami kerana saya dan ayah tidak sanggup lagi tinggal di dalam khemah ini," 
katanya lagi. 

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7997644.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke