Warga emas mohon PPRT 
Sinar Harian 27 Julai 2010 

SUNGAI DUA BESAR, Kuala Pilah  – Seorang warga emas dari Kampung Sungai Dua 
Besar merayu agar permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 
mendapat perhatian segera daripada pihak berkenaan. 

Hasnah Kasan, 75, berkata, dia telah menerima rumah PPRT sekitar 80-an atas 
bantuan pihak kerajaan. 

"Rumah berkenaan mempunyai satu bilik yang tidak sempurna, selain bilik air 
berada di luar rumah. 

“Saya memang sudah lama menerima rumah PPRT dengan peruntukan hanya RM5,000 
sahaja. Namun, kini rumah PPRT lebih selesa dan kos peruntukan jauh lebih 
tinggi iaitu RM30,0000. Rumah saya sekarang sangat kecil dan tidak selesa 
terutama untuk mendapatkan bekalan air," katanya. 

Menurutnya, buat masa ini, dia menggunakan air perigi berikutan masalah tekanan 
air rendah. 

"Saya sudah berumur dan tidak mampu melakukan kerja berat. Justeru, saya 
berharap dapat menerima sebuah rumah PPRT yang lebih selesa dan tidak lagi 
berdepan masalah gangguan air. 

"Saya mempunyai tiga anak, seorang perempuan dan dua lelaki. Masing-masing 
sudah berkeluarga tetapi mereka tidak melupakan tanggungjawab terhadap saya," 
katanya yang tinggal seorang diri. 

Hasnah berkata, dia kurang berkemampuan, malah dua cucunya tidak menerima 
bantuan persekolahan. 

"Jika ada bantuan, dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan mereka,” katanya. 

Hal itu diakui sendiri anaknya, Zaidah Nordin, 46. 

“Anak perempuan, Siti Rahayu Manaf, 17, bersekolah di Sekolah Menengah 
Kebangsaan (SMK) Tunku Kursiah tidak pernah menerima bantuan perbelanjaan 
sekolah, begitu juga dengan adiknya, Amerul Manaf, 13, di SMK Tuanku Muhammad. 

“Setiap kali borang diterima, saya akan isi dan mereka menyerahkan kembali 
kepada pihak sekolah tetapi sehingga kini tiada jawapan diterima," katanya yang 
mempunyai tujuh anak. 

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7996149.asp 

Kadar kemiskinan tertinggi 

Sinar Harian 22 Julai 2010

KUALA PILAH – Pas kawasan Kuala Pilah menyatakan kadar kemiskinan di Kuala 
Pilah tertinggi, 24 peratus berbanding kadar kemiskinan di Negeri Sembilan 
berdasarkan Laman Web Rasmi Pejabat Persekutuan Pembangunan Persekutuan Negeri, 
Jun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Zaharudin Othman berkata, statistik itu 
memberi gambaran Kuala Pilah mempunyai jumlah penduduk miskin teramai 
berbanding daerah lain.

Menurutnya, berdasarkan hasil kajian dilakukan Pusat Pengajian Sosial, 
Pembangunan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti 
Putra Malaysia mendapati Kuala Pilah mempunyai keluasan tanah terbiar tertinggi 
dengan jumlah 138.4 hektar.
“Kami menggunakan konsep turun padang dan bersedia memperjelaskan fakta dan 
mengemukakan cadangan serta idea praktikal ke arah penyelesaian masalah 
penduduk miskin di Kuala Pilah.

“Terbaru, kami turun padang bertemu penduduk miskin di Kampung Kabong, Kampung 
Paya, Kampung Lending dan Kampung Maha di DUN (Dewan Undangan Negeri) Johol 
dengan menyerahkan bantuan keperluan asas kepada mereka,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7979497.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke