Aktiviti kerja melombong di kawasan tanah persendirian itu menjadi ‘mimpi 
ngeri’ kepada penduduk berhampiran sejak kira-kira dua tahun lalu apabila 
kawasan mereka sering dilanda banjir lumpur. Kampung Solok Melangkan, Kampung 
Air Repat dan Taman Permai hanya terletak kira-kira 500 meter sahaja daripada 
kawasan lombong itu.

************************ 
Gesa pantau kegiatan korek pasir 
Sinar Harian 28 Julai 2010 

NYALAS, Melaka - Sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan termasuk sebuah 
taman perumahan di sini menerima kesan akibat aktiviti korek pasir yang sedang 
giat dijalankan berdekatan. 

Aktiviti kerja melombong di kawasan tanah persendirian itu menjadi ‘mimpi 
ngeri’ kepada penduduk berhampiran sejak kira-kira dua tahun lalu apabila 
kawasan mereka sering dilanda banjir lumpur. 

Kawasan yang dikatakan menerima kesan adalah Kampung Solok Melangkan, Kampung 
Air Repat dan Taman Permai hanya terletak kira-kira 500 meter sahaja daripada 
kawasan lombong itu. 

Penduduk mendakwa, akibat penempatan mereka agak rendah, ia memudahkan kawasan 
mereka dinaiki air. 

Penduduk, Hashim Saring, 44, berkata kerja-kerja mengorek pasir itu dijalankan 
di kawasan pedalaman dan tinggi, memberi kesan kepada penduduk di kawasan 
rendah. 

Menurutnya, kesan daripada kerja mencuci pasir, sungai yang mengalir ke kawasan 
penempatan penduduk mendap, seterusnya menjadi kotor. 

“Jika dahulu, air sungai tidak mendap dan kotor seperti ini, namun sejak 
aktiviti dijalankan, kesan sebegini menjadi ingauan ngeri kami di sini,” 
katanya. 

Menurutnya, lebih mengelirukan, kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan 
itu sudah pun digazetkan sebagai kawasan tadahan hujan, dan tidak seharusnya 
perkara sebegini boleh berlaku. 

Hashim berkata, pihaknya sudah memaklumkan di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan 
Keselamatan Kampung (JKKK) serta pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan 
Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Asahan mengenai masalah itu, namun 
belum ada sebarang tindakan susulan. 

Pekebun di Kampung Air Reput, Abd Rahman Dalip, 62, mendakwa keadaan sungai 
berhampiran kebunnya semakin dipenuhi lumpur serta pasir sehingga menyebabkan 
kadang-kala air sungai tidak dapat mengalir sempurna. 

Bimbang kejadian tidak diingini, dia mengambil insiatif sendiri dengan menggali 
sungai terbabit membuang lumpur serta pasir yang menyebabkan sungai berkenaan 
menjadi cetek. 

“Berbanding dahulu, air sungai dapat mengalir dengan baik dan kedalaman sungai 
adalah berada di paras pinggang, namun sejak sekarang sungai ini mula kelihatan 
keruh dan dipenuhi lumpur serta pasir. 

“Apabila pasir dan lumpur terlalu banyak di dalam sungai, saya mengambil 
langkah membersihkan sungai berhampiran dusun kerana bimbang air akan melimpah 
ke dalam dusun,” katanya. 

Seorang penduduk, Md Tolah Sabudin, 72, pula berkata, tanaman buah-buahannya 
banyak yang musnah akibat terlalu lama terendam dalam sungai yang melimpah ke 
dalam kawasan kebunnya. 

“Jika hujan lebat, sungai pastinya akan melimpah dan bukan sahaja memasuki 
rumah penduduk yang rendah, bahkan kebun buah-buahan serta kebun getah penduduk 
dimasuki air. 

“Dan apabila sudah dimasuki air, pastinya takungan itu mengambil masa untuk 
surut menyebabkan banyak pokok mati,” katanya.  

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8000532.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke