Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Para sahabat yahoogroup,
Pihak Akademi Penulis amat teruja kerana besok akan bermula Bengkel Penulis Super Ke 2 bagi tahun 2010. Yang lebih mengujakan adalah bengkel ini diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis yang baru diwujudkan tahun ini. Ini adalah pertama kali bengkel penulisan diadakan di sana. Pusat Latihan Akademi Penulis (PULAPEN) ini adalah pusat latihan penulisan swasta pertama di Malaysia dan mungkin di rantau ini. Ini satu kejayaan yang besar buat kita di Akademi Penulis. PULAPEN diharapkan dapat menjadi pusat melahirkan lebih ramai pengarang di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Pendaftaran Bengkel Penulis Super akan ditutup jam 5.30 petang ini. Masih ada masa untuk mereka yang berminat. Terus hubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun secara online di http://www.penulissuper.com <http://www.penulissuper.com/> . Mulakan penulisan buku umum Tuan Puan dengan langkah seribu apabila menghadiri bengkel ini. Bengkel yang akan mendedahkan pelbagai rahsia dan formula menghasilkan karya buku umum bestseller. Kita bertemu di sana nanti. Salam penulisan dan salam penerbitan buku

