Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu, wanita berusia lingkungan 40-an itu terjaga dari tidur setelah bahunya ditepuk seseorang sebelum ternampak dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau berdiri berhampiran tempat tidurnya. Perompak berjaya melarikan wang tunai RM4,000, sejumlah barang kemas, tiga buah telefon bimbit dan kad prabayar telefon membabitkan kerugian kira-kira RM12,000
********************* Perompak disangka suami Utusan Malaysia 30 Julai 2010 KUANTAN 29 Julai – Seorang peniaga gerai makan dari Felda Jengka 24, Bandar Pusat Jengka dekat Maran, terkejut besar apabila lelaki disangka suami yang mengejutkannya dari tidur sebenarnya penjenayah yang memecah masuk rumahnya. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu, wanita berusia lingkungan 40-an itu terjaga dari tidur setelah bahunya ditepuk seseorang sebelum ternampak dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau berdiri berhampiran tempat tidurnya. Mangsa yang cuba menjerit terpaksa membatalkan hasratnya apabila salah seorang suspek mengacukan sebilah pisau sebelum mengarahkannya tidak melawan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan dan Operasi), Supritendan Nordin Mustapha berkata, mangsa bersama tiga orang anaknya diikat menggunakan wayar telefon. Menurutnya, pada masa kejadian, suami mangsa yang juga seorang peneroka tanah rancangan itu tiada di rumah kerana menguruskan kedai makan mereka. “Penjenayah dipercayai warga tempatan menghimpunkan empat beranak itu dalam sebuah bilik sebelum bertindak menyelongkar rumah berkenaan. “Dalam kejadian itu, perompak berjaya melarikan wang tunai RM4,000, sejumlah barang kemas, tiga buah telefon bimbit dan kad prabayar telefon membabitkan kerugian kira-kira RM12,000,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini. Nordin berkata, selepas itu, perompak terlibat melarikan diri dan meninggalkan empat beranak itu dalam keadaan terikat. “Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri dari ikatan dan keluar meminta bantuan sebelum membuat laporan polis,” katanya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek memecah masuk rumah terbabit melalui tingkap rumah yang diumpil sebelum masuk ke bilik tidur wanita itu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

