Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah 
Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak 
Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, 
perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.

Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani 
masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan 
Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang 
dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan 
perundangan negara.

Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib 
Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja 
Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.

Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas 
kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.

“Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu 
Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger 
dijemput hadir,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang 
ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun 
pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.

Timbalan ketuanya, azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan 
itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih 
bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan 
yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang 
di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik 
kenderaan sejak September 2009.

Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu 
‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis 
saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui 
proses pengadilan di mahkamah.

Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’  seperti mana yang 
telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.

Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak 
bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.

“Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik 
dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya 
melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya 
didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya.

Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa 
kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara 
bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu 
untuk ditanggung oleh rakyat.

“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini 
atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi 
bebanan,” katanya.

Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua 
bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu 
kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang 
menjadi kerajaan Pusat.

Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih 
mendidik dan lebih berkesan.

“Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan 
terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya 
satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat 
iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya. 

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27865:pas-bentuk-jawatankuasa-anti-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke