Kerajaan, JPJ langgar keputusan mahkamah?  

KOTA BHARU, 2 Ogos: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan 
Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan 
mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan 
(JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen 
kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah 
diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of 
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara 
jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam 
kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah 
bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu 
perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, setelah sedemikian diputuskan oleh mahkamah, kenapakah pihak kerajaan 
dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tidakkah keputusan mahkamah ini perlu 
dihormati dan diikuti?” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari 
ini.

Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat 
Malaysia dan perlu diberhentikan segera.

“Kami juga dengan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan JPJ bersegera dalam 
menarik balik penyenaraian hitam ini kerana isu ini sudahpun diselesaikan oleh 
mahkamah,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Tambahnya, tinggal lagi sama ada Kerajaan Malaysia dan JPJ mahu mematuhi 
perintah mahkamah tersebut atau tidak.

“Pihak kami juga berkeputusan bahawa jika situasi ini tidak berubah, maka suatu 
tindakan perundangan lain akan dimulakan bagi membela rakyat yang secara nyata 
telah ditindas dalam isu ini,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27917:kerajaan-jpj-langgar-keputusan-mahkamah&catid=1:utama&Itemid=50
 

Saman ekor: PAS gesa batal senarai hitam kenderaan  

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan bertemu 
dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha pada 5 Ogos ini bagi 
berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang 
pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima 
saman ekor.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan 
mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin 
Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu 
ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan 
mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk 
perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk 
Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun 
memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," katanya pada sidang media 
selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini, 
hari ini.

Menurut Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, Kase juga akan mengadakan hari 
bertemu mangsa saman ekor di beberapa tempat pada 9 dan 10 Ogos bagi memberikan 
penerangan kepada mereka dari sudut undang-undang mengenai tindakan yang 
dikenakan JPJ dan pihak polis itu yang akan disampaikan oleh pengamal 
undang-undang dalam Kase sendiri.

Pertemuan bagi mereka yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan 
diadakan di sekitar ibu negara manakala bagi mereka yang tinggal di Melaka dan 
Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban.

"Kita akan adakan hari bertemu mangsa saman ekor ini pada 9 Ogos untuk Wilayah 
dan Selangor dan kita menyeru semua mangsa saman ekor akan ikuti perjumpaan ini.

"Akan ada satu taklimat tentang akta dan undang-undang untuk mereka fahami 
bahawa mereka belum lagi bersalah. Khidmat nasihat akan diberikan oleh 
penasihat undang-undang kita.

Selain itu, Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi 
Manusia (Suhakam) bagi membuat aduan mengenai akta dan undang-undang yang 
dilihat bercanggah dengan perlembagaan negara.

"Kita juga akan bertemu dengan Suhakam supaya Suhakam dapat melihat ada banyak 
akta dan undang-undang yang sangat bercanggah dengan perlembagaan negara," 
katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan JPJ tidak membenarkan pemilik 
kenderaan memperbaharui cukai jalan bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan 
negara yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya.

"Perlembagaan negara di bawah perkara 13 menyatakan bahawa kita berhak 
menggunakan harta kita. Kenderaan adalah sebahagian daripada harta kita.

"Jadi kerajaan melalui JPJ telah menghalang kita menggunakan harta kita apabila 
menyenaraikan hitamkan kenderaan dan halang perbaharui cukai jalan.

"Tindakan JPJ ini satu tindakan tidak wajar dan menafikan hak seseorang 
menggunakan kenderaan. Jadi saya minta supaya pihak JPJ pertimbangkan untuk 
menarik balik senarai hitam ini," jelasnya.

Mahfuz turut menyifatkan tindakan itu akan merugikan negara kerana hasil cukai 
jalan merupakan pendapatan tetap negara.

"Saya sifatkan ini satu tindakan yang merugikan negara kerana kita mungkin 
kehilangan pendapatan tetap negara kerana orang yang disenarai hitam tidak akan 
bayar cukai jalan," katanya.

Tindakan itu juga, katanya dibimbangi akan menggalakkan pemilik kenderaaan yang 
disenari hitam melakukan satu lagi kesalahan iaitu memandu tanpa cukai jalan 
selain menggalakkan amalan rasuah terutamanya kepada syarikat-syaraikat 
kenderaaan yang besar bagi meneruskan perkhidmatan mereka.

"Secara tidak sedar, senarai hitam ini akan galakkan lagi pemilik kenderaan 
melakukan kesalahan memandu tanpa cukai jalan.

"Ia juga akan mengakibatkan berlakunnya amalan rasuah terutama 
syarikat-syarikat kenderaan seperti bas ekspres yang ingin meneruskan operasi 
mereka," katanya.

Namun, Mahfuz menegaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bukan untuk menggalakkan 
orang ramai melakukan kesalahan jalan raya sebaliknya bertujuan membela nasib 
mereka yang teraniaya akibat tindakan JPJ tanpa prosedur yang betul.

"PAS tubuhkan jawatankuasa ini bukan bermakna kita bersetuju orang ramai boleh 
melanggar had laju sewaktu memandu dan melanggar undang-undang jalan raya.Tapi 
kita buat ini untuk pembelaan.

"Kami anggap ini satu penganiyaan kepada orang kerana menerima notis yang tidak 
melalui prosedur tertentu," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek 
Abdul Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Kase, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat 
PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27912:saman-ekor-kase-akan-jumpa-menteri&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
 





      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke