KUALA PILAH, 2 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang Pembantu Am Rendah ditemui dalam 
keadaan kaki dan tangannya terikat sementara mulutnya ditutup dengan kain di 
rumahnya di Jalan Sungai Dua di sini pagi Isnin.

Mayat Nooriza Baharin, 48, juga didapati sudah berbau.

Mayat mangsa ditemui oleh rakan-rakan setugasnya pada pukul 10.45 pagi apabila 
mereka datang ke rumah mangsa setelah mendapati mangsa tidak datang bekerja di 
Sekolah Kebangsaan Sungai Dua hari ini.

"Pihak polis yang pergi ke tempat kejadian menjumpai mayat mangsa dengan kaki 
dan tangannya diikat dengan tali manakala mulutnya ditutup dengan kain.

"Terdapat juga kesan kecederaan di kening dan belakang kepala mangsa dipercayai 
akibat pukulan dengan objek keras," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, 
ACP Mohd Zaki Masroh kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata setakat ini polis percaya motif kes adalah samun kerana pagar di 
belakang rumah mangsa juga terdapat kesan dipotong.

"Kita dapati telefon bimbit mangsa hilang. Rumah mangsa didapati diselongkar 
dan saya percaya ada barang yang hilang" katanya.

Mangsa dipercayai masih bujang dan tinggal berseorangan di rumah tersebut.

Mohd Zaki berkata kali terakhir mangsa datang bertugas ialah Jumaat lepas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518191 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke