Assalamualaikum,

Para Sahabat,

Apa khabar? Tinggal beberapa sahaja lagi kita akan menempuh bulan yang 
ditunggu para solehin dan mukminin iaitu bulan Ramadhan. Bulan ramadhan 
yang penuh keberkatan dan kelebihan bagi mereka yang memanfaatkannya.

Apabila menjelang ramadhan bagi yang berniaga makanan, mereka sudah 
bersiap sedia dengan segala perancangan dan strategi mereka. Bulan ini 
adalah bulan yang produktif dan membawa pulangan besar kepada mereka. 
Bagi mereka yang menjadikan bulan ini bulan ibadah, mereka sudah 
berkira-kira masjid mana yang ingin dijadikan tempat untuk bertarawikh, 
berqiamullail mendekatkan diri dengan Allah.

Apa yang menariknya, bulan Ramadhan ini adalah juga bulan yang produktif
buat para pengarang. Kebanyakan pengarang sudah merancang buku apa yang 
ingin ditulis dan disiapkan dalam bulan mulia ini. Masa-masa berharga 
seperti pada tengah malam selepas beribadah malam, waktu bersahur 
selepas ataupun sebelum menyantap juadah, waktu menunggu berbuka puasa 
selepas membantu isteri di dapur. Semua ini boleh menjadi waktu emas 
menulis. Ramai pengarang yang berjaya menyiapkan buku tulisan mereka 
sebulan bulan Ramadhan.

Mari Mulakan Momentum

Bagi yang ingin memulakan momentum ini, pihak Akademi Penulis menjemput 
Tuan Puan untuk menyertai bengkel terakhir sebelum Ramadhan. Dua bengkel
yang itu adalah Bengkel Penulisan Novel pada 7 & 8 Ogos 2010 dan Bengkel
Penulis Super daripada 6 hingga 8 Ogos 2010.  Kedua-dua bengkel ini
bakal mendedahkan pelbagai teknik dan tip  penulisan terkini yang bakal
menjadikan Ramadhan Tuan Puan bulan yang  produktif sebagai seorang
penulis.

Kedua-dua bengkel ini dikendalikan oleh para pakar dunia penulisan dan 
penerbitan buku Malaysia. Cik Puan Salina Ibrahim, seorang novelis 
terkenal dan bestseller. Tuan Fauzul Na'im Ishak, individu yang menjadi 
penggerak utama penerbitan buku PTS, berjaya melahirkan ramai pengarang 
bestseller. Tuan Zamri Mohamad, pengarang prolifik yang menghasilkan 
banyak buku bestseller. Seorang pakar dalam pemasaran buku melalui 
internet.

Daftarkan Diri Hari Ini

Pendaftaran akan ditutup hari ini sebelum jam 5.45 petang. Bertindak
sekarang!!. Bagi yang berminat untuk menghadirinya boleh terus
menghubungi 0136288614  ataupun 0341492560 ataupun mendaftar secara
online bagi Bengkel  Penulisan Novel di http://www.penulisannovel.com,
manakala bagi Bengkel  Penulis Super di http://www.penulissuper.com.

Bertindak sekarang, jadikan Ramadhan ini sebagai permulaan dalam menjadi
pengarang prolifik dan bestseller. Kami nantikan panggilan daripada 
Tuan Puan.

Kirim email ke