Harian Metro 7 Sep 2010 ALOR GAJAH: Kedatangan Aidilfitri bagaikan tidak memberi makna kepada pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kehilangan penglihatan dan hidup dalam kemiskinan sejak hilang mata pencarian kira-kira 23 tahun lalu.
Dengan wang pencen RM330 sebulan, Zamri Kasmin, 52, dari Kampung Sungai Petai meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan bersama isteri, Saadiah Mohd Said, 52, sejak anak tunggal mereka berumah tangga. Kepiluan ternyata menghiris perasaan pasangan suami isteri terbabit apabila mereka mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya, sebaliknya menjalani hidup secara ala kadar. Menurut Zamri, sambutan Ramadan dan Aidilfitri kepada keluarganya memang suram kerana mereka meraikannya dalam keadaan serba sederhana kerana kekangan kewangan disebabkan tiada sumber pendapatan lain memandangkan isterinya tidak bekerja. Katanya, isterinya menjadi tongkat kepadanya sama ada membantu menguruskan kehidupannya mahupun persekolahan anak tunggal mereka hingga dewasa dengan wang pencen yang ketika itu RM157. “Hampir setiap tahun sambutan Aidilfitri seperti tiada erti dalam kehidupan kerana saya sudah biasa dengan keadaan buta ini, namun kepayahan hidup tetap perlu dihadapi. “Wang pampasan diperoleh sebelum ini sudah banyak dihabiskan untuk berubat selain membina rumah, namun derita dialami masih belum juga berakhir,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurutnya, selain berubat, dia pernah cuba meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menggunakan pengesahan orang kurang upaya (OKU) diperoleh, namun permohonannya ditolak kerana didakwa tidak layak. “Kadang-kadang apabila terdesak pernah terfikir mahu meminta bantuan lain, namun tidak tahu ke mana perlu dituju dan bagaimana untuk memohon. “Akibat terlalu sedih mengenangkan nasib diri, saya hanya meminta keluarga bersabar dan menghadapi dugaan dengan tenang tanpa mengharapkan bantuan orang lain,” katanya http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PesaraTUDMhidupdalamkemiskinan/Article ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

