Pendam hasrat ke sekolah Sinar Harian 7 Sep 2010 TANJUNG AGAS – Bapa kepada tiga anak, Abu Bakar Shahbudin, 69, hanya mampu pasrah dengan kehidupannya sekarang yang lumpuh separuh badan sehingga tidak mampu menanggung kehidupan keluarganya.
Akibat daripada itu, keperluan kehidupan mereka sekeluarga kini digalas isterinya, Mutiana Sadili, 46, menjadikan kehidupan mereka tidak sebaik orang lain. Lebih malang, tiga anaknya berusia antara sembilan hingga 14 tahun tidak bersekolah. Abu Bakar berkata, dahulu kehidupannya bersama isteri yang juga perkahwinan keduanya bahagia walaupun hidup dalam kesederhanaan, namun berubah sedikit demi sedikit dan semakin teruk apabila lumpuh separuh badan. “Anak sulung pernah sekolah sehingga Tahun Empat dan terpaksa berhenti sekolah atas sebab kesempitan hidup. “Sekarang ini apabila kami mahu daftarkan mereka semua untuk kembali ke sekolah pelbagai kekangan timbul dan akhirnya ketiga-tiga anak saya tidak bersekolah,” katanya, Menurutnya, ada yang menyatakan perkahwinan dia bersama wanita Indonesia menjadikan urusan itu sukar namun ia tidak logik. “Anak saya mempunyai surat beranak tetapi urusan untuk persekolahan mereka sukar menyebabkan mereka tidak bersekolah. “Anak kini hanya belajar membaca dan menulis di rumah, bagaimanapun diakui walaupun anak sulung sudah berumur 14 tahun tetapi tahap penguasaannya untuk membaca amat rendah berbanding rakan seusianya yang mendapat pendidikan baik,” katanya. Abu Bakar berkata, kehidupannya hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal yang disalurkan tetapi ia tidak menentu. “Isteri saya adalah warga Indonesia dan amat sukar mencari pekerjaan berikutan dia tidak mempunyai kad pengenalan. “Bukannya tidak mahu memohon kad pengenalan tetapi tidak diluluskan atas beberapa sebab yang diberikan pihak berkenaan,” katanya. Menurutnya, walaupun dia mengalami lumpuh separuh badan, namun sekarang ini, dia tidak pernah mengambil sebarang ubat-ubatan atau membuat sebarang rawatan berikutan kekangan kewangan. Sementara itu, Mutiana berkata, keluarganya masih belum dapat membuat apa-apa persiapan bagi sambutan hari raya yang akan menjelang beberapa hari lagi. “Kehidupan kami sama sahaja sama ada hari biasa ataupun hari raya. “Saya juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka yang datang membaik pulih rumah ini serta menghulurkan bantuan,” katanya. Abu Bakar dan keluarganya kini menetap di rumah pusaka arwah ibu bapanya dengan keadaannya sungguh uzur serta usang. Bumbung rumah sudah bocor dan rapuh sementara struktur kayu serta dinding telah reput dimakan anai-anai. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8150921.asp Isteri derita sakit buah pinggang Pendam hasrat ke sekolah SIMPANG GELAMI - Derita penyakit dialami Siti Aizah Idris, 41, bagaikan satu dugaan besar yang perlu dihadapi bersama suami tercinta. Siti Aizah bersama tiga anaknya tinggal di rumah pusaka tinggalan bapanya sejak kecil terpaksa berulang-alik ke Seremban untuk menjalani rawatan. "Saya mengalami masalah buah pinggang sejak tiga tahun lalu terpaksa menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu di sebuah hospital dengan kos perbelanjaan RM60 sekali rawatan. "Saya juga mengalami masalah penglihatan sejak lima tahun lalu dan kini bertambah teruk sejak saya menjalani rawatan dialisis tersebut,” katanya. Menurutnya, suaminya hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan bagi menampung perbelanjaan keluarga. Bagaimanapun, Siti Aizah memperoleh bantuan Baitulmal dan sudah memohon bantuan sebanyak dua kali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Siti Aizah berkata, dia masih belum ada jawapan daripada pihak terbabit tetapi beberapa wakil JKM sudah meninjau keadaannya. Penderitaan dialami Siti Aizah mendapat perhatian Parti Islam SeMalaysia (Pas) kawasan Jelebu dengan menghulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan harian. Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Jelebu, Jamlus Mansor berkata, sumbangan berkenaan adalah usaha pihaknya dalam membantu masyarakat yang susah di daerah terbabit. "Menjelang hari raya ini banyak keperluan yang perlu disediakan. Justeru, sumbangan ini diharap dapat mengurangkan beban yang dialami Siti Aizah sekeluarga. "Kami juga akan memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini berikutan Siti Aizah terpaksa berbelanja besar bagi menjalani rawatan kesihatan di Seremban," katanya. Sempena Ramadan, Pas kawasan Jelebu turun padang memberi sumbangan kepada anak yatim, golongan orang kurang upaya (OKU) dan fakir. Hadir sama, Naib Yang Dipertua Pas kawasan Jelebu, Nor Hanif Selamat. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8151735.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

