Seramai 700 ahli kariah Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling dekat sini meminta kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu yang sudah uzur dan tidak lagi selamat untuk digunakan. Sudah 15 tahun JKKK mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan sehingga menimbulkan kekesalan kami.
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010 Mohon ganti masjid uzur, rosak Utusan Malaysia 16 Dis 2010 JERANTUT 15 Dis. - Seramai 700 ahli kariah Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling dekat sini meminta kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu yang sudah uzur dan tidak lagi selamat untuk digunakan. Masjid yang terletak berhampiran dengan tebing Sungai Tembeling itu sudah mengalami kerosakan di bahagian dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor. Selain itu, ketiadaan ruang memasak, tempat mengambil wuduk dan tandas rosak menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan para jemaah dan musafir yang singgah di situ. Kedudukan masjid itu juga sesak apabila berdekatan dengan kedai runcit, bangunan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Asrama Desa Sekolah kebangsaan (SK) Kuala Sat mengundang persekitaran yang kurang ceria. Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor. Selain itu, rumah ibadat itu dikelilingi semak-samun, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran yang kotor dan berbau busuk. Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan (JKKK) Kuala pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian. Ketua Kampung Kuala Sat, Sidek Mahusin, 58, berkata, kerajaan negeri sepatutnya tiada masalah untuk menyediakan peruntukan membina masjid baru kerana penduduk di situ sudah mewakafkan tanah seluas dua hektar untuk tapak projek berkenaan. "Sudah 15 tahun JKKK mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan sehingga menimbulkan kekesalan kami. "Kami kecewa apabila permohonan ini tidak diberi perhatian sedangkan di kampung berdekatan sudah dibina sebuah masjid baru pada tahun lepas walhal jumlah penduduknya kecil," katanya di Kampung Kuala Sat dekat sini hari ini. Sidek menjelaskan pihak berwajib pernah berjanji untuk membantu projek masjid baru tetapi sehingga kini tiada kerja-kerja dilakukan dan menimbulkan pertanyaan kepada penduduk. Pengerusi masjid berkenaan, Shaharuddin Mat Taha, 42, berkata, struktur masjid lama itu sudah uzur dan ia tidak lagi selamat digunakan dan boleh runtuh pada bila-bila masa. "Awal bulan ini, sebahagian ruang masjid di sini roboh selepas jemaah menunaikan solat akibat tiang dan rasuk sudah reput dimakan anai-anai. "Kejadian ini walaupun tidak mengundang kemalangan, tetapi adalah lebih baik jika masalah ini dapat ditangani segera sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini," katanya. Seorang lagi penduduk, Siti Aminah Abdullah Hashim, 51, berkata, penduduk mengharapkan sebuah masjid baru yang selesa untuk melaksanakan ibadah solat dan program dakwah. "Keadaan tidak selesa apabila kaum ibu memasak untuk sajian berbuka puasa pada bulan Ramadan dan kenduri sambutan perayaan Islam kerana ruang memasak dan tempat makan yang sudah uzur dan terdedah dengan kekotoran," katanya. Seorang belia Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 39, berkata, bangunan kayu yang reput sepatutnya diganti dengan binaan konkrit selaras dengan transformasi kerajaan negeri menerusi usaha pembangunan Islamiah. "Keadaan masjid yang usang juga kurang merangsang belia dan remaja di kampung ini mengimarahkan diri dengan kegiatan keagamaan termasuk sambutan perayaan Islam," katanya. Seorang warga emas, Mahasan Awang Besar, 90, berkata, masjid berkenaan kerap kali dibaiki menerusi sumbangan kewangan dan kudrat penduduk di situ sejak sebelum merdeka. "Saya harap kerajaan negeri membina masjid baru di tanah wakaf yang kami sediakan sekurang-kurangnya cucu-cicit lebih selesa beribadat," katanya. Tambah beliau, masjid yang baru antara landasan menyatukan penduduk berkenaan mengukuhkan perpaduan Islam dan menjamin keselamatan para jemaah setiap kali beribadat di situ. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

