Didapati bahawa terdapat dua saman tertunggak yang direkodkan pada tahun 2003 dan 2006. Apabila diteliti status saman-saman tersebut seperti tarikh, lokasi dan jumlah kompaun yang perlu dibayar, saya kesal kerana kedua-dua saman tersebut diyakini telah pun dilunaskan sekian lama. Adakah pengiktirafan ISO 9001: 2000 dalam kepala surat Cawangan Trafik PDRM hanya hiasan sahaja. SAMAN TRAFIK LAMA SUDAH DILANGSAI MASIH PERLU DIBAYAR?
Utusan Malaysia 15 Dis 2010 SEBAGAI rakyat Malaysia, saya sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas usaha murni pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman trafik dengan kadar insentif setinggi 50 peratus. Ini merupakan usaha terpuji dalam meringankan beban rakyat secara amnya. Pasti ramai yang telah mengambil inisiatif untuk segera melangsaikan hutang saman trafik masing-masing yang tertunggak sekian lama demi tidak disenaraihitamkan dalam pelbagai urusan berkaitan lesen, cukai jalan kenderaan dan sebagainya apabila tamat tempoh tawaran pembayaran saman oleh PDRM. Untuk menyemak status saman, pihak PDRM memberi pilihan semakan melalui SMS, di kaunter Trafik PDRM, atau melalui khidmat online. Saya turut mengambil peluang ini untuk menyemak apakah saya sendiri ada mempunyai sebarang saman tertunggak. Saya telah menyemak status saman melalui laman sesawang www.rilek.com.my dan www.dapat.com. Didapati bahawa terdapat dua saman tertunggak yang direkodkan pada tahun 2003 dan 2006. Apabila diteliti status saman-saman tersebut seperti tarikh, lokasi dan jumlah kompaun yang perlu dibayar, saya kesal kerana kedua-dua saman tersebut diyakini telah pun dilunaskan sekian lama. Keyakinan itu ditambah dengan usaha saya pada awal tahun 2007 untuk menyemak dan melangsaikan saman-saman tertunggak dengan pihak PDRM dan JPJ sebelum saya ke luar negara melanjutkan pengajian pada tahun tersebut. Saya yakin ramai lagi individu lain yang mengalami masalah yang sama seperti saya dan tercari-cari kembali resit-resit saman yang telah dibayar mungkin selama 10 tahun ke belakang! Dalam kes saya, malangnya, saya tidak lagi menyimpan resit pembayaran saman-saman tertunggak tersebut, kerana ia telah dilupuskan beberapa tahun lepas. Maka, saya tidak lagi mempunyai bukti pembayaran untuk ditunjukkan kepada pihak PDRM. Saya akan cuba membuat rayuan bertulis kepada pihak PDRM berkaitan saman-saman tersebut sebelum saya membuat pembayaran. Bukan kerana saya tidak mampu melunaskannya, tetapi lebih kepada usaha untuk tidak 'membayar saman yang sama untuk kali kedua'. Harapan saya agar pihak PDRM dapat membuat post-mortem dan semakan yang teliti mengapa permasalahan seperti ini berlaku. Mungkin perlu ada mekanisme yang lebih mantap dalam mengemaskinikan sistem komputer yang menyimpan maklumat-maklumat saman trafik. Dengan cara ini, tidaklah rakyat seperti saya berasa terbeban dan teraniaya. Robin Hood Gemereh, Segamat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm BAYAR SAMAN ATAS KETIDAKCEKAPAN KOMPUTER PDRM Utusan Malaysia 16 Dis 2010 BILA membaca luahan Robin Hood Gemereh Segamat dalam ruangan Forum pada 15 Disember 2010 bertajuk Saman trafik lama sudah dilangsai masih perlu dibayar amat meruntun kesayuan, kekecewaan dan kemarahan hati saya. Ketika menyemak senarai saman untuk dibayar, ekoran tawaran istimewa 50 peratus oleh kerajaan bagi tujuan membaharui cukai jalan minggu lepas, saya berasa amat kecewa. Bayangkan saman yang telah dilangsaikan tahun 2002 masih terpacak dan terpampang dalam cetakan saman PDRM. Dua kereta yang telah dijual lapan tahun lepas masih menjadi igauan saman. Saya yakin telah membayar saman tersebut dan diberi resit perakuan bayar berlogo PDRM berwarna biru yang masih segar dalam ingatan. Ia adalah ekoran saya telah disenaraihitamkan untuk membaharui cukai jalan, tambahan pula pada masa itu PDRM telah mengadakan operasi bukan sahaja menyenaraihitam pesalah saman ekor malah operasi menahan pesalah trafik di rumah atau di pejabat. Apakah barang kali ketidakcerdikan saya tidak menyimpan resit yang berusia hampir lapan tahun atau ketidakkecekapan sistem komputer PDRM yang menyebabkan saya dan ramai lagi menjadi mangsa untuk melangsaikan saman yang telah dibayar. Adakah pengiktirafan ISO 9001: 2000 dalam kepala surat Cawangan Trafik PDRM hanya hiasan sahaja tanpa memenuhi amalan Prosedur Kerja Wajib, Prosedur Kerja Sokongan dan Prosedur Kerja Operasi menyebabkan kami menjadi mangsa. Betul undang-undang menyatakan mesti dibuktikan dengan resit pembayaran tetapi ada masanya pertimbangan akal juga penting dalam merasionalkan kebenaran telah membayar saman tersebut. Contohnya, bagaimana boleh saya membaharui cukai jalan dan lesen sekiranya saya disenaraihitamkan dalam operasi tahun-tahun lepas. Bebanan untuk membayar saman yang telah dibayar mencecah ribuan ringgit, ditambah pula dengan bebanan persiapan belanja anak-anak ke sekolah dan persiapan perkahwinan anak. Alahai takdir atas ketidakcekapan komputer PDRM. Kini masih mencari wang untuk bayar saman yang telah dibayar. PESALAH TRAFIK ANIAYA Sungai Buloh, Selangor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

