Pada 17 hingga 19 Disember 2010 telah diadakan Perkhemahan & Motivasi Amal 2010 
anjuran Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan dan Surau Taman Matahari Heights, 
Senawang, N.Sembilan. Perkhemahan telah diadakan di Pengkalan Ikan, Kampung 
Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan.

Peserta-peserta telah dilatih untuk mendirikan Solat Berjemaah Di Surau, 
Surivival, Memasak Lemang dan sebagainya. Antara pertandingan yang telah 
diadakan ialah Gusti Lengan, Timbang Sepaktakraw, Penebar Roti Canai Terbaik, 
Kumpulan Uli Roti Terbaik, Amal Race, Kumpulan Nasyid dan Pentomen Terbaik dan 
Kumpulan Kembara Malam Terbaik.

Untuk berita lanjut dan gambar-gambar sekitar program sila ke pautan berikut 
http://yam-ns.blogspot.com/2010/12/sekitar-perkhemahan-dan-motivasi-amal.html 

********** 

BENGKEL IMEGA (INFO MENARA GADING)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Sila muat turun borang di 
http://yam-ns.blogspot.com/2010/12/bengkel-ke-menara-gading-26-dis-2010.html 

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan 
Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 25/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini 
adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains 
tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat 
mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau 
Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta 
borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA 
dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke