Tahun 2011 adalah merupakan tahun yang amat mencabar. Golongan pelajar miskin 
bandar adalah teramat ramai. Kita saja yang tak tahu. Kalau tak percaya 
tanyalah guru sekolah yang jaga hal kebajikan murid. Tanyalah sekolah anak-anak 
kita siapa yang perlukan bantuan, anak jiran yang perlukan bantuan. Kos hidup 
makin naik, minyak naik, gula naik, susu naik, tambang bas naik. Alhamdulillah 
hujan masih turun secara percuma, udara juga masih percuma.

LIMA BERANAK HIDUP MELARAT 
Sinar Harian 21 Dis 2010

Pokok Mangga, Melaka - Kemiskinan menyebabkan seorang ibu tunggal bersama empat 
anaknya di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang, di sini terpaksa ‘ikat perut’ 
setiap hari. 

Tindakan itu menyebabkan lima beranak itu sering mengalami sakit perut 
disebabkan terpaksa berlapar. 

Ibu tunggal berkenaan, Aisah Saadun, 45, berkata kehidupan mereka sekeluarga 
susah selepas arwah suaminya, Kahar Jamaah, meninggal dunia kira-kira 16 tahun 
lalu. 

Menurutnya, dia dan empat anaknya yang kini berusia 18 hingga 24 tahun terpaksa 
menumpang di rumah jiran sebelum menyewa rumah yang didudukinya kini. 

“Pernah dalam tempoh dua atau tiga hari, kami anak beranak tidak menjamah walau 
seulas nasi pun dan terpaksa menagih sedikit makanan di gerai berdekatan, atau 
dibantu jiran tetangga yang bersimpati. 

“Sewa rumah sebanyak RM150 sebulan juga sudah tertunggak sehingga mencecah tiga 
bulan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, dekat sini semalam. 

Aisah berkata, dia bernasib baik kerana pemilik rumah sewa berkenaan, Said Aim, 
80, memahami masalah mereka dan tidak pernah mendesak membayar tunggakan. 

Malah, katanya, Said sering memberi makanan untuknya, selain meminjamkan 
sedikit wang jika dia memerlukan. 

Menurutnya, untuk mengurangkan bebanan keluarga, dia terpaksa bekerja di kebun 
sayur milik seorang Tionghua di Klebang. 

Aishah yang berasal dari Pulau Rupat, Sumatera, Indonesia dan berstatus 
penduduk tetap (PR) di negara ini berkata, salah seorang anak perempuannya 
sudah berkahwin. 

Manakala, katanya, tiga daripada mereka masih belum mendirikan rumahtangga dan 
tidak mempunyai pekerjaan tetap. 

“Semua anak saya warganegara Malaysia, tetapi mereka tidak pernah bersekolah 
akibat kemiskinan hidup. 

“Dua anak lelaki yang masih bujang berusia 18 dan 24 tahun pula melakukan 
pekerjaan sampingan sekadar mengisi perut mereka sendiri sahaja dan itu pun 
kalau ada kerja,” katanya. 

Sementara itu, Said berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib keluarga 
berkenaan menyebabkan dia tidak sampai hati meminta tunggakan sewa. 

“Keluarga ini miskin dan saya pun tak tergamak memaksa dia bayar sewa rumah. 
Kalau dia pinjam duit saya pun, saya tak sampai hati minta balik kerana tahu 
kesusahan mereka,” katanya.  

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541631.asp 

Beberapa Program Kebajikan Membantu Pelajar Miskin dan Susah kembali ke Sekolah 
tahun 2011 :

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di 
http://yam-ns.blogspot.com/2010/12/jualan-amal-kembali-ke-sekolah-1-jan.html 

PAS Kawasan Rembau di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/12/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html
 

Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin di 
http://tabungtampin.blogspot.com/2010/12/penajaan-pakaian-keperluan-sekolah.html


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke