Demi keselamatan penduduk di Kampung Paya , Port Dickson terpaksa memasang 
sendiri tiang lampu jalan dan membayar bil elektrik hingga RM200 sebulan demi 
untuk menjaga keselamatan kerana tiada kemudahan lampu jalan di kampung 
tersebut. Kampung ni mungkin kawasan selamat Umno agaknya?

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih 
banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai 
pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.)

BIL ELEKTRIK CECAH RM200 
Sinar Harian 21 Dis 2010 

Kampung Paya , Port Dickson – Seorang penduduk terpaksa membelanjakan lebih 
RM200 setiap bulan bagi melunaskan bil lampu jalan yang dipasangnya sendiri 
sejak dua tahun lalu berikutan permohonan mendapatkan kemudahan itu tidak 
dihiraukan. 

Syarifah Syarif, 58, berkata, perbelanjaan besar perlu dikeluarkan sendiri bagi 
membiayai bil lampu jalan di hadapan rumahnya itu. 

Menurutnya, sehingga kini sudah banyak wang yang dikeluarkan bagi membiayai bil 
berkenaan disebabkan permohonan untuk membina lampu jalan di hadapan rumahnya 
tidak mendapat respons positif daripada semua pihak yang dirujuknya. 

"Dua tahun lalu, saya bersama suami mengambil inisiatif untuk memasang sendiri 
lampu jalan ini dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri. 

"Kos keseluruhan termasuk kerja pemasangan lampu jalan sahaja mencecah 
RM1,000," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini. 

Syarifah berkata, permohonan bagi kerja pemasangan lampu itu dibuat berikutan 
lorong kediaman rumahnya bersama lima lagi jiran yang lain tiada kemudahan 
lampu jalan. 

"Kawasan kediaman kami pada waktu malam sangat gelap, ditambah dengan kawasan 
berhampiran yang dipenuhi belukar. 

"Apatah lagi rumah saya terletak di hujung jalan dan paling hampir dengan 
kawasan belukar," katanya. 

Menurutnya, kejadian kecurian dan rompakan juga telah beberapa kali berlaku di 
sini berikutan kawasan yang gelap serta kawasan belukar memudahkan perompak 
melarikan diri. 

"Ada juga rakan tidak menjumpai lorong kediaman kami disebabkan kawasan yang 
gelap. 

"Walaupun lampu pagar rumah dinyalakan tetapi cahayanya tidak begitu terang," 
katanya. 

Syarifah berkata, lampu jalan yang dipasangnya itu tidak dinyalakan dengan 
kerap kerana khuatir dengan bil yang tinggi perlu dibayar setiap bulan. 

"Saya memohon agar pihak berkenaan dapat membantu penduduk di Lorong Bahagian 
2, Kampung Paya bagi menyelesaikan masalah lampu jalan ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541165.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke