Inilah nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Ada yang mungkin nak kena 
roboh, ada yang diserang kelawar, ada yang pakai kanvas sebab atap bocor teruk, 
ada yang tak siap-siap projek pembinaan masjid setakat pecah tanah je. Yang ini 
pula karpetnya basah, bukannya di ceruk pedalaman tapi di tengah kota Kuala 
Pilah.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih 
banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai 
pembangkang dan bukannya di kawasan selamat. Adakah kampung-kampung dan kawasan 
Felda di Negeri Sembilan ini kawasan selamat?)

TIDAK SELESA KARPET BASAH 
Sinar Harian 21 Dis 2010 

Kuala Pilah – Kebanyakan jemaah yang mahu menunaikan solat di masjid, di Pekan 
Kuala Pilah melahirkan rasa kecewa kerana sebahagian karpet masjid berkenaan 
basah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan. 

Keadaan itu berpunca daripada keadaan bumbung bocor dan setiap kali hujan, 
karpet bahagian jemaah perempuan dan lelaki sebelah kiri akan basah, sekali gus 
mengganggu jemaah bersolat. 

Zainal Ahmad, 55, ketika ditemui berkata, masalah itu sudah berlarutan sehingga 
enam tahun dan masih tidak dibaiki sehingga kini. 

“Saya prihatin dengan keselesaan kemudahan di masjid ini. Bukan mahu menuding 
jari kepada mana-mana pihak tetapi ini untuk kebaikan dan keselesaan jemaah 
yang lain juga. 

“Ini kerana, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai disebabkan kedudukannya 
berhampiran jalan raya utama. Kadangkala ada juga jemaah yang datang dari 
Kuantan dan Kelantan bersolat, di sini,” katanya. 

Menurutnya, jika masalah itu dibiarkan, sudah pasti sedikit sebanyak akan 
menjejaskan imej masjid berkenaan, sekali gus nama Daerah Kuala Pilah. 

“Baru-baru ini ada seorang jemaah berketurunan Arab menunaikan solat di sini. 
Dia memanggil saya dan menunjukkan punca bau busuk pada karpet bahagian 
perempuan yang basah. 

“Malu pun ada juga tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan pihak 
berkenaan mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi 
segera,” katanya. 

Zainal berkata, bukan tidak pernah mengadu kepada pihak berkenaan tetapi ia 
seolah-olah dipandang sepi. 

“Aktiviti sentiasa diadakan di masjid ini dan boleh dikatakan setiap hari. 
Jemaah yang hadir juga amat menggalakkan terutama jika ada ceramah selepas 
Maghrib. 

“Sambutan daripada jemaah wanita tidak pernah mengecewakan. Saya bimbang, jika 
masalah ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan jemaah wanita akan 
berkurangan,” katanya. 

Dalam pada itu menurutnya, setiap kali solat Jumaat dan waktu hujan, kawasan 
karpet terbabit akan diletakkan tanda amaran supaya tidak bersolat di situ. 

“Bukan sahaja dalam masjid tetapi di luar juga terkena tempias hujan sehingga 
lantai basah walaupun mempunyai bumbung. 

“Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, bimbang mereka 
terjatuh atau tergelincir,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541134.asp 

Beberapa artikel nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan di bawah ini :

MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP
http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html 

ADAKAH MASJID BONGEK NAK DIROBOH BUAT JALAN ?
http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html 

MASJID CHEMBONG GUNA KANVAS, ATAP BOCOR
http://pasns.blogspot.com/2010/04/atap-masjid-nsembilan-guna-kanvas-uzur.html 

MASJID DI FELDA N.SEMBILAN DISERANG KELAWAR
http://waghih.blogspot.com/2010/12/masjid-nsembilan-diserang-kelawar.html 

APA DAH JADI MASJID KARIAH SIRUSA, PORT DICKSON
http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke