MASIH TUNGGU DUIT BANCI PENDUDUK

Utusan Malaysia 22 Dis 2010 - Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah pun 
berakhir pada Ogos lalu. Isteri saya telah terlibat sebagai seorang penyelia di 
kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Demi mencari pengalaman baru 
dan bagi tujuan menampung perbelanjaan di saat mendesak (musim perayaan, musim 
kembali ke sekolah) beliau sanggup menghadapinya.

Setelah bertungkus lumus selama hampir tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos, 
akhirnya beliau telah berjaya menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan 
pelbagai pengalaman pahit dan manis. 

Lebih manis lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor 
Mohamed Yakcop mengumumkan bahawa pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri.

Aidilfitri dan Aidiladha telah pun berlalu namun isteri saya masih belum 
menerima sebarang bayaran walaupun satu sen. Kini musim kembali ke sekolah 
telah tiba. Justeru kami sangat berharap pihak berkenaan dapat melangsaikan 
pembayaran elaun agar kami dapat menampung perbelanjaan di saat yang mendesak 
ini.

Bela Isteri
Kuala Kangsar, Perak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
 

Juga kisah Pegawai Banci belum terima elaun sebelum ini :

Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku
http://amkns.blogspot.com/2010/11/kerajaan-bn-belum-bayar-elaun-pembanci.html 

Beribu Pegawai Banci Belum Dapat Elaun dijanjikan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/beribu-pegawai-banci-belum-dapat-elaun.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke