Kami diugut kerana sertai KEADILAN – bekas Umno
21 Dec 2010
 
KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, 
Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu 
khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar 
parti.

Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan 
Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang 
mula berani memperjuangkan hak mereka.

“Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama 
dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang 
mengejutkan pihak Umno BN.

“Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada 
penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan,” katanya 
kepada Keadilan Daily. 

Isa yang juga anggota Umno sejak lebih 30 tahun lalu turut memberitahu bahawa 
sesuatu yang menghairankan apabila banyak bantuan yang sepatutnya mereka terima 
selama ini langsung tiada terutamanya kepada warga miskin dan ibu tunggal.

“Berpuluh-puluh tahun hak kami diabaikan dan apabila kami siasat, hanya kroni 
tertentu sahaja yang menerimanya sedangkan banyak lagi ibu tunggal dan warga 
emas di kawasan ini dinafikan hak mereka,” jelasnya.

Kumpulan itu meninggalkan Umno pada pertengahan Disember lalu dan menyertai 
KEADILAN dengan borang mereka diterima sendiri oleh Pengerusi Majlis Pimpinan 
KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain.

“Itu hanya permulaan dan ratusan lagi ahli Umno BN akar keluar parti secara 
senyap-senyap selepas ini kerana beberapa penduduk terus diugut jika 
mengisytihar keluar Umno secara terbuka,” katanya.

Menurut Isa, Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung dengan jumlah 
penduduk kira-kira 3,000 dengan lebih 75 peratus daripadanya bersedia menolak 
Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Berpuluh-puluh tahun kami bersabar dan menderita dan sudah tiba masanya kami 
bangkit untuk mempertahankan hak kami sebagai mana yang dijamin dalam 
perlembagaan.

“Merupakan hak kami selaku warga Malaysia untuk memilih parti yang kami sukai 
dan yakin mampu memperjuangkan hak kami lagipun demokrasi membenarkan ia 
berlaku,” kata Isa. 

Menurut rekod, Telok Pelanduk diasaskan oleh Abdullah Tir yang juga merupakan 
Datuk kepada Isa.

http://www.keadilandaily.com/kami-diugut-kerana-sertai-keadilan-%e2%80%93-bekas-umno/
  



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke