Berita Harian 23 Dis 2010 

Pelancong kesal PBT abai kebersihan bilik air di Teluk Kemang

PORT DICKSON: Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk 
menerangkan keadaan tandas awam di kawasan peranginan Teluk Kemang di sini. 

Walaupun pengguna kemudahan awam itu dikenakan bayaran 50 sen dan RM1 untuk 
mandi, tahap kebersihan masih tidak memuaskan. Usaha Tourism Malaysia Negeri 
Sembilan mempromosikan kawasan itu sebagai lokasi pelancongan utama negeri ini 
seperti sia-sia jika kurang mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Port 
Dickson (MPPD). Tinjauan Berita Harian mendapati tandas awam di sini tidak 
diselenggara dengan baik sehingga pengguna terpaksa menutup hidung kerana 
berbau busuk. Malah, pintu bilik mandi juga tidak berpintu. 

Ini menyebabkan pengguna tidak selesa terutama ketika pantai peranginan di sini 
dikunjungi ramai pelawat pada hujung minggu dan cuti persekolahan seperti 
sekarang. 

Pengunjung, Yati Abdullah, 44, berkata MPPD perlu memberi perhatian serius 
keadaan tandas awam dan mengambil tindakan segera kerana ini membabitkan imej 
Port Dickson sebagai pantai peranginan terkenal. 

Katanya, keadaan ini tidak sejajar dengan status Port Dickson sebagai Pantai 
Peranginan Negara, Bandar Tentera Darat dan diiktiraf sebagai zon kesihatan. 
"Port Dickson masih menjadi pilihan kerana mempunyai pantai peranginan paling 
hampir dengan Lembah Klang dan kemudahan jalan raya yang baik, namun banyak 
kemudahan di sini tidak menepati keperluan pengunjung," katanya. 

Katanya, keseronokan mandi di laut hilang sebaik saja memasuki tandas awam yang 
buruk dan kotor. 

Pelancong Singapura, M Salethy, 40, bersetuju bahawa tandas awam di kawasan 
pelancongan di sini kurang memuaskan dan perlu dibaiki segera. 

"Saya datang dari jauh untuk berkelah di Port Dickson kerana pantai di sini 
sesuai untuk aktiviti perkelahan, tetapi kemudahan tandas amat menyedihkan. 

"Saya tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menggunakan tandas awam di sini 
walaupun keadaan tidak selesa," katanya. 

Bagi pengunjung dari Sarawak, Aishah Mat, 41, keadaan tandas awam yang kotor 
dan berbau mengejutkannya kerana kemudahan itu terletak di kawasan pelancongan. 

"Tandas awam perlu diperbaiki dan dinaik taraf supaya lebih bersih, selesa dan 
selamat untuk digunakan. Tidak berbaloi bayar 50 sen, tetapi kemudahan 
disediakan seperti tandas percuma," katanya. 

Malah, katanya tandas awam di kawasan rehat dan rawat lebuh raya PLUS tidak 
dikenakan bayaran, tetapi bersih dan selesa. 

Masalah kebersihan tandas awam di Teluk Kemang bukan perkara baru kerana 
keadaan di sini berlarutan sejak dulu, tetapi masih tidak berubah hingga kini. 

Baru-baru ini ruangan Surat Pembaca Berita Harian, turut memaparkan pandangan 
pelancong dari Kota Kinabalu, Sabah, yang menegur tahap kebersihan tandas awam 
di Dataran Kemang. 

Jika keadaan berterusan, ia boleh menjejaskan usaha mempromosikan Port Dickson 
sebagai pantai peranginan terkemuka berikutan kemudahan tandas kotor.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tandaskotor/Article 





      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke