Padan muka aku

Oleh Aspan Alias http://aspanaliasnet.blogspot.com 
 
Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia 
yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang 
diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. 
Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah 
kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja bekerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang 
selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun 
sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah 
terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak 
sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran 
mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti 
pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan 
pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat 
untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. 
Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa 
mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut 
sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu 
biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa 
kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) 
atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas 
dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari 
matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan 
pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita 
dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari 
pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha 
yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan 
untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata 
MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi 
pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang 
MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda 
tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak 
meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju 
tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan 
semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu 
negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara 
Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma. 

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak 
mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya 
terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang 
ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang 
harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 
1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang 
sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah 
percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan 
tingginya. 

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh 
lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara 
German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang 
tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara 
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah 
naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum 
tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya 
dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan 
bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan 
mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila 
ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan 
menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong 
tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi 
pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan 
kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah 
yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih 
mereka dahulu. 

Padan muka kita semua! 

Sumber :  http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/12/padan-muka-aku.html 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke