Lima keluarga masih dikurung
Berita Harian 27 Dis 2010 

Mangsa dijadikan hamba majikan selepas gagal lunas hutang 

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima keluarga lagi dipercayai dikurung dan 
dijadikan hamba di Bahau, Negeri Sembilan kerana tidak mampu membayar hutang 
mereka. Maklumat itu didedahkan seorang mangsa yang berjaya melarikan diri 
bersama isteri dan tiga anaknya sebelum membuat aduan kepada Astivaaram 
Foundation, 19 Disember lalu. 

Ketua Biro Pengaduan Awam Astivaaram Foundation, Sri Sanjeevan, berkata 
kegiatan itu dipercayai sudah lama berlaku, terutama membabitkan mangsa di 
kalangan kaum India yang bekerja sebagai buruh ladang. 

“Biasanya, gaji buruh estet memang rendah dan terpaksa meminjam wang tauke 
(kontraktor) untuk meneruskan hidup. Difahamkan, mangsa kebanyakannya tahu 
pinjaman itu dikenakan kadar bunga yang tinggi. 

“Namun, apa pilihan yang mereka ada untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Bila 
hutang bertambah dan tidak mampu dibayar, mereka akhirnya diperangkap menjadi 
hamba,” katanya kepada Berita Harian. 

Beliau berkata, kebanyakan mangsa dikurung bersama isteri dan anak mereka di 
lokasi tertentu sebelum dipaksa bekerja sebagai buruh ladang tanpa gaji. 
Tidak cukup dengan itu, katanya, ada antara mangsa turut ‘dijual’ kepada 
kontraktor lain bagi menebus hutang, sekali gus menguntungkan majikan asal 
mereka. 

“Mangsa memberitahu, kebanyakan mangsa dan isteri mereka akan dijadikan buruh 
paksa, manakala anak dipaksa melakukan kerja rumah, termasuk memandi dan 
memberi makan anjing pengawal yang menjaga rumah tempat mereka dikurung. 

“Difahamkan, anak-anak itu ada didera. Ini perbuatan tidak berperikemanusiaan 
dan menentang hak asasi manusia. Tidak sangka dalam keadaan moden hari ini, 
masih wujud kegiatan perhambaan di Malaysia,” katanya. 

Sanjeevan berkata, aktiviti perhambaan itu sukar dikesan kerana berlaku di 
kawasan terpencil, selain keengganan mangsa membuat laporan berikutan bimbang 
dengan ancaman dalang kegiatan berkenaan, termasuk ugutan bunuh. 

“Mangsa sebenarnya lebih bimbangkan keselamatan anak yang dijadikan tebusan. 
Lagipun, bagaimana mereka boleh buat laporan jika sentiasa dikurung dan 
pergerakan diawasi,” katanya. 

Beliau turut menggesa kerajaan dan pihak berkaitan, termasuk Suruhanjaya Hak 
Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan 
segera dalam membanteras kegiatan itu, termasuk menyelamatkan mangsa 
“Selepas Berita Harian mendedahkan kegiatan ini, dalang utama dipercayai cuba 
memindahkan mangsa ke beberapa lokasi lain bagi memastikan pergerakan mereka 
tidak mudah dikesan. 

“Justeru, kita berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan 
mangsa, terutama anak yang teraniaya itu. Astivaaram Foundation yang 
memperjuangkan hak asasi manusia sedia bekerjasama dalam usaha itu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Limakeluargamasihdikurung/Article 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke