Hidup tertekan
Berita Harian 27 Dis 2010 

APARTMEN Seroja 3 turut menempatkan pekerja asing.Pihak tertentu jadikan 
apartmen asrama pekerja asing 

SENAWANG: Tindakan pihak tertentu menjadikan sebahagian Apartmen Seroja di 
Taman Tasik Jaya di sini sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk 
tempatan hidup dalam keadaan tertekan berikutan sikap kurang sopan sesetengah 
warga asing terbabit. 

Kira-kira 700 penduduk tempatan yang mendiami Apartmen Seroja 1 hingga 4 kini 
terpaksa hidup berjiran dengan kira-kira 250 pekerja asing dari Indonesia, 
Bangladesh, Vietnam, Nepal dan Myanmar, yang bekerja di kilang sekitar Kawasan 
Perindustrian Taman Tasik Jaya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, kehadiran pekerja asing yang tidak memahami dan menghormati 
budaya tempatan menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Seroja, Mohd Nor Jamaluddin, 41, berkata 
penduduk tempatan semakin hilang sabar dengan sikap warga asing yang turut 
mencemar imej kawasan perumahan itu dengan kelakuan kurang sopan.

Katanya, gelagat kurang disenangi itu termasuk cara berpakaian menjolok mata 
dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan secara terang-terangan.

"Kelakuan mereka menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang 
gelagat negatif itu boleh mempengaruhi anak remaja masing-masing serta memberi 
imej negatif kawasan ini kepada orang luar," katanya kepada Berita Harian. 
Mohd Nor berkata, persatuan dan ahli jawatankuasa surau pernah menasihati warga 
asing terbabit supaya tidak mengulang perbuatan itu serta cuba memahami budaya 
penduduk tempatan, tetapi kelakuan buruk itu berterusan hingga kini.

"Kami juga pernah mengemukakan masalah ini kepada majikan pekerja warga asing 
terbabit, tetapi tiada tindakan proaktif diambil. Apa yang berlaku ialah 
seorang warden ditempatkan di sini untuk mengawasi pekerja asing terbabit, 
tetapi tindakan ini masih kurang berkesan," katanya.

Penduduk, Ishak Ali, 50, berkata masalah itu yang sudah lama berlaku 
menyebabkan penduduk tempatan tidak tahan lagi dengan gelagat mereka.

Beliau yang tinggal di situ sejak 10 tahun lalu berkata, pekerja warga Nepal 
pernah bergaduh sesama sendiri hingga membimbangkan jiran bersebelahan, tetapi 
mujur dapat dikawal dengan bantuan penduduk tempatan.

Rakannya, Rashid Abdullah, 47, berkata sejak apartmen itu dijadikan asrama, 
pelbagai masalah sosial berlaku di situ termasuk kes khalwat membabitkan 
pekerja asing dan rakyat tempatan serta perlakuan maksiat antara penyewa rakyat 
tempatan dan warga asing.

"Apartmen ini pernah digelar lubuk maksiat, suatu gelaran yang cukup memalukan 
penduduk tempatan yang hampir 100 peratus adalah orang Islam," katanya.

Salmah Razali, 48, pula kesal dengan sikap kebanyakan warga asing yang pengotor 
dengan membuang sampah sesuka hati dan tidak mempedulikan perasaan penduduk 
tempatan.

"Saya memang membantah kediaman kami ini dijadikan asrama pekerja asing kerana 
keadaan sekarang menimbulkan masalah yang menjejaskan keharmonian hidup 
penduduk di sini," katanya.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_Hiduptertekan/Article 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke