Jejantas amat penting untuk melintas jalan, lebih-lebih jalan yang sibuk di bandar Seremban. Lagi penting kalau jejantas tersebut digunakan oleh pelajar sekolah rendah , iaitu Sekolah Kebangsaan Ampangan , Seremban yang terletak teramat hampir dengan jejantas. Tapi sayang, pihak bertanggungjawab tidak mementingkan keselamatan pelajar, yang penting ialah papantanda 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Tak percaya? Tengoklah sendiri jejantas tersebut yang tidak terurus langsung. Bumbung jejantas tersebut bukan sahaja nak roboh, tapi dah roboh atapnya, dah melayang entah ke mana. Bukan saja mencacatkan pemandangan, tapi tidak selesa digunakan oleh pelajar sekolah. Dah tahu jejantas tersebut memalukan, yang amat menggelikan hati ialah terdapat papantanda yang besar yang masih baru yang diletakan di kedua-dua belah jejantas iaitu papantanda 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang berlambangkan Majlis Perbandaran Seremban. Lebih ajaib huruf 1 pada 1Malaysia tersebut betul-betul selari dengan bumbung jejantas yang hilang. Apakah MPS sengaja hendak memalukan slogan ilham Perdana Menteri Malaysia? Jejantas seharusnya tidak ada papantanda atau apa-apa halangan penglihatan, kerana ianya membahayakan pengguna yang tersorok dari pandangan umum, yang memudahkan kes cabul pelajar sekolah, ragut dan sebagainya. Buat memalukan orang Seremban saja papantanda tersebut. Tak percaya? Tengok sendiri gambar-gambar yang diambil pada Sabtu 1 Januari 2011 jam 9.15 minit pagi pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/01/jejantas-maut-1malaysia-di-seremban-mps.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

