Cuti tahun baru semalam pada Sabtu 1 Jan 2011saya berkesempatan menunaikan 
hajat seorang kenalan internet yang ingin berjumpa dan menunjukkan roket 
ciptaanya di tapak bekas kem Paroi di Seremban. Zainal namanya. Sementara 
menunggu Zainal datang di tempat tersebut saya melihat beberapa orang sedang 
bermain kapalterbang dan jet kawalan jauh. Dalam hati saya menarik juga bekas 
tapak kem Paroi ini, berpotensi dijadikan tempat tumpuan pelancong dan keluarga 
di hujung minggu.

Salah seorang yang bermain alat kawalan jauh itu ialah Safri yang mempunyai 
kedai yang menjual pelbagai jet, helikopter dan jet kawalan jauh yang canggih 
dan bersaiz besar di Plaza MARA Seremban (alamat penuh dan laman webnya di 
bawah). Salah seorang yang main pula sambil berbual berkata, dalam setahun dia 
membelanjakan hampir RM100,000 untuk hobi tersebut. Di rumahnya dah tidak ada 
tempat untuk letak jet dan kapalterbang. Lalu saya kata sepatutnya pihak 
tertentu mengambil inisiatif mengadakan pameran untuk menarik golongan pelajar 
dan remaja meminati bidang aeroangkasa seperti pihak Muzium Negeri, Majlis 
Agama dan sebagainya.

Kemudian Zainal pun datang bersama anak lelakinya. Terperanjat saya, dia 
membawa pelbagai versi roket air berserta payung terjun, kamera dan alat 
pelancar yang canggih, memang canggih sungguh , siap dengan tolok tekanan 
udara, pelepas dan sebagainya. Katanya dia ke tapak kem tersebut setiap Sabtu. 
Hebat betul saya tengok, lalu saya tanya ada tak mana-mana pihak menawarkan dia 
membuat demonstrasi terutama pihak sekolah. Katanya tidak.

Malang sekali kita sudah hantar angkasawan dari Seremban pula tu, tapi aktiviti 
aeroangkasa di Negeri Sembilan ini boleh dikatakan tidak mendapat sokongan 
langsung daripada mana-mana pihak.

JADI. Jangan salahkan Mat Rempit dan Mat Drift gunakan tapak kem Paroi ini 
untuk melakukan aksi berbahaya apabila kita sendiri tidak memenuhkannya dengan 
pelbagai aktiviti bermanafaat bersama keluarga.

Gambar-gambar roket dan pelancar canggih tersebut dan roket serta jet di 
http://waghih.blogspot.com/2011/01/pertunjukan-roket-jet-kapalterbang-tiap.html 

Sesiapa atau mana-mana wartawan yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai 
roket dan pelancar canggih Zainal bolehlah menghubungi beliau di 013-3509760 
atau boleh menonton video di 
http://amal-ns.blogspot.com/2010/12/roket-air-paroi-jaya.html

Atau boleh juga orangramai datang ke bekas tapak kem Paroi setiap pagi hujung 
minggu , kerana kebiasaannya mereka akan bermain di situ.

Dan maklumat kedai permainan alat kawalan jauh :

Encik Safri bin Semail
RC HOBBY FLY
G.05 Seremban Plaza (Bangunan MARA), Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban
Tel : 019-3976021 , 019-6692214 , 06-7674802
E-mel : [email protected] 
Laman web : http://rchobbyfly.webs.com 
http://usahawann9.blogspot.com/2009/09/rc-hobby-fly.html  




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke