Kerajaan tidak selamatkan sekolah usang - Harakahdaily     
PETALING JAYA, 4 Jan 2011 : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kerajaan 
Umno BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang 
walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta 
guru-guru.

(Adakah anak-anak kesayangan anda terlibat dengan bangunan sekolah usang, 
sekolah tumpang, sekolah tak siap-siap, sekolah melimpah, sekolah sempit, 
sekolah khemah, sekolah kabin? )

( Jangan lupa baca artikel sebelum ini Muhyiddin GAGAL Selesai Isu SEKOLAH 
TUMPANG di 
http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html )

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyatakan demikian sebagai mengulas 
kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin dalam laporan Sinchew Digest, semalam yang mendakwa 
seolah-olah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta 
buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai 
‘menghadapi risiko keruntuhan’, adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Ini, katanya kerana jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang itu hanya akan 
melibatkan peruntukan sebanyak  RM9 bilion walhal kementerian telah 
diperuntukkan sebanyak RM36 billion sepanjang 2011 ini.

Katanya, kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun 
Umno BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 
bilion buat pembangunan berbanding RM29 billion menanggung kos pengurusan 
Kementerian Pelajaran.

“Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 billion, iaitu sebanyak RM100 
bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan 
RM240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor 
Brian Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan 
peruntukan ini tidak akan berlaku,” katanya yang juga ahli Parlimen Ampang 
dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Maka, bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan 
bertugas di 300 buah sekolah usang ini, beliau menggesa agar TPM sedia 
bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan 
berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 
billion ini, agar dapat menampung kos pembaikan RM9 billion ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30158:kerajaan-tidak-selamatkan-sekolah-usang&catid=1:utama&Itemid=50
 





      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke