Inilah nasib rakyat Sabah. Kapalselam negara yang bernilai berbillion ringgit 
terletak di Sepanggar. TAPI Sekolah Kebangsaan di Sepanggar dahlah DAIF, 9 
kelas dikongsi 612 pelajar. Apakan daya Sabah negeri kubu kuat BN. Datuk Seri 
Najib Tun Razak Mahu Umno Serta Semua Sayap Parti Mengadakan Lebih Banyak 
Program Berbentuk Mendampingi Rakyat Di Kawasan-Kawasan Yang Dikuasai 
Pembangkang Dan Bukannya Di Kawasan Selamat.

PUTERI UMNO SABAH RAYU KEMUDAHAN SK GENTISAN DINAIK TARAF
4 Jan 2011 

KOTA KINABALU, (Bernama) - Pergerakan Puteri UMNO Sabah merayu Kementerian 
Pelajaran segera menaik taraf kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gentisan di 
Sepanggar, dekat sini yang dalam keadaan daif dan serba kekurangan. 

Ketuanya Musliati Moslimin berkata keadaan sekolah, yang tidak kondusif untuk 
dijadikan sebagai tempat belajar, memerlukan pembaikan segera bagi membolehkan 
murid belajar dalam keadaan selesa dan selamat. 

"Sekolah yang dibina sejak tahun 1965 ini dengan bangunan kayu sudah tidak 
mampu menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah setiap tahun. Kita amat 
mengharapkan perhatian dan tindakan pihak berkenaan (Kementerian Pelajaran) 
memandangkan permohonan bagi menaik taraf sekolah ini sudah lama dikemukakan. 

"Kita tidak mahu pelajar terus dibiarkan bersesak-sesak dan pada masa yang sama 
mengharapkan pencapaian pelajaran mereka terus bertambah baik," katanya kepada 
pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah di SK Gentisan, 
Sepanggar bersama Puteri UMNO Sabah, hari ini. 

Pada majlis itu, seramai 80 pelajar kurang mampu menerima beg sekolah sumbangan 
Puteri UMNO. 

Musliati berkata hanya terdapat sembilan bilik darjah yang dikongsi oleh 612 
pelajar sekolah untuk sesi pagi dan petang, dan sekolah itu memerlukan tambahan 
tiga buah bilik darjah bagi menampung pelajar yang semakin bertambah setiap 
kali persekolahan dibuka. 

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=554068  



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke