Di bawah ini beberapa kisah benar kesusahan pelajar-pelajar di Malaysia untuk 
ke sekolah. Tahun 2011, tahun NAIK, SEMUA NAIK. Ada Menteri kisah berapa ramai 
pelajar tak sekolah, berapa banyak sekolah daif? MEREKA TAK KISAH !

***************** 
GAMBAR-GAMBAR PEMBANGUAN DI LUAR BANDAR DI SABAH

Gambar-gambar menunjukkan bukti-bukti kukuh pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html 
. Berapa lama sudah Sabah di bawah pemerintahan UMNO/BN? Ke mana perginya wang 
royalti Petronas untuk Sabah selama ini?

Inilah yang dibanggakan oleh penyokong UMNO di Sabah, lihat gambar-gambar di 
bawah ini, iaitu di Kawasan Piiharaya yang wakil rayat kini adalah seorang 
Menteri, iaitu Dato' Shafee Afdal, seorang Hero Semporna. Tetapi lihatlah, ini 
salah satu contoh kawasan yg diwakili olehnya sebagai Ahlli Parlimen.

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BAIT
WDT 27 91309 SEMPORNA
Sabah
Malaysia

Sumber : http://www.sabahan.net/forum/showthread.php?tid=2982 

************************* 

KISAH SEDIH ANAK MELAYU BERKONGSI BAJU SEKOLAH 

Penulis akan paparkan kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang 
lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah….. 

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya 
mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke 
sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan 
kasutnya dia hanya berdiam diri. 

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar 
dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. 

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa 
berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. 

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga 
datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya 
untuk memukulnya kalau masih lambat. 

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang 
jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia 
masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. 

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan 
alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan 
tidak berapa jauh dari sekolah. 

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di 
depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga 
kelihatan gelisah. 

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati 
menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. 

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang 
terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah 
berlari ke arah sekolah. 

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil 
menahan airmata yang mula tergenang. 

 “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari 
jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” 

Dia terkejut dan wajahnya berubah. 


 “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja 
baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya 

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” 

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita 
pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan 
cikgu, …….” 

Sumber : 
http://tulahan.blogspot.com/2011/01/kisah-sedih-anak-melayu-berkongsi-baju_03.html
 

******************** 

PENDAFTARAN SEKOLAH DAN PINDAH SEKOLAH.. 

Sekolah Agama Buloh Kasap (JOHOR) menghadapi kekurangan bilik darjah apabila 
Sekolah Keb Buloh Kasap (sekolah berjiran) mengadakan satu sesi pembelajaran 
sahaja setelah bangunan barunya siap. Sekolah Agama terpaksa menggunakan 
bangunan lama; bilik kelas di Dewan Orang Ramai Tandung. 

Bilik kelasnya agak daif dan naif. Maklumlah kelas buruk yang lama tidak 
digunakan. Tingkap dan cermin banyak yang pecah dan rosak. Tetapi itulah 
pilihan terbaik yang ada bagi menampung keperluan semasa terdesak lagi 
terpaksa. Guru-guru SABK amat saya kagumi dengan ketabahan dan kerendahan hati 
mereka demi pembelajaran anak-anak. 

Sumber : 
http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/2010/12/pendaftaran-sekolah-dan-pindah-sekolah.html
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke