Utusan Malaysis 5 Dis 2010
'Sekolah Plaster' tampung ramai pelajar bermasalah

SEKALUNG tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menduduki 
peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010 kerana kejayaan 
mengukir sejarah keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun. 

Ratusan Sekolah Rancangan Khas dan Sekolah Kluster merekodkan kejayaan 
masing-masing dengan pencapaian terbaik 9A dan 8A. Di sebalik segala uapan 
tahniah dan syabas, tekanan turut dirasai oleh sekolah-sekolah yang terkenal 
sebagai 'Sekolah Plaster'. 

'Sekolah Plaster' merupakan istilah baru yang diberikan oleh golongan setempat 
terhadap sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar bermasalah. Pelajar-pelajar 
bermasalah ini merangkumi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran, pelajar 
yang dibuang sekolah dan pelajar yang tidak mematuhi arahan sekolah. 

Persoalan utama kini ialah bagaimanakah boleh wujud keadaan sedemikian? Mungkin 
ramai di luar yang tidak menyedari hakikat ini. Punca utama kewujudan 'Sekolah 
Plaster' ini ialah ekoran pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang 
bersikap pilih kasih terhadap sekolah-sekolah dalam daerahnya. 

Dalam usaha mengekalkan prestasi sekolah-sekolah tertentu, pihak terbabit 
mengelompokkan pelajar-pelajar yang bermasalah di satu sekolah yang sama. 
Akibatnya, sekolah yang menjadi sasaran ini menghadapi pelbagai masalah. Di 
Muar sendiri ada sebuah 'Sekolah Plaster' yang terkenal. Ia wujud ekoran sikap 
PPD Muar mengelompokkan pelajar bermasalah di sekolah terbabit. 

Masalah ini pernah diadukan tetapi pengaruh Sekolah Kluster lebih kuat 
berbanding 'Sekolah Plaster', mengakibatkan usaha ini bagai mencurah air ke 
daun keladi. Apakah kriteria yang diambil kira? Jika keputusan, adakah ini 
bermakna istitusi pendidikan melabel dan mengasingkan pelajar mengikut 
pencapaian dan apakah peranan sekolah khas diwujudkan? 

Jika kelakuan, wajarkah pelajar yang bermasalah dikelompokkan bagi merumitkan 
lagi keadaan? Jika jarak dari rumah, bukankah terdapat banyak lagi sekolah yang 
berhampiran jika dibandingkan daripada sekolah sasaran? 

Dalam usaha mengambil jalan mudah dan melonjakkan kegemilangan institusi 
pendidikan terpilih, janganlah mewujudkan 'Sekolah Plaster' kerana tindakan ini 
menyulitkan pelbagai pihak. Keputusan cemerlang yang disogokkan oleh sesetengah 
sekolah telah mengaburi mata PPD untuk bertindak kurang wajar. Pemantauan oleh 
pegawai yang terbabit semuanya sia-sia jika kewujudan 'Sekolah Plaster' ini 
tidak dapat ditangani segera.

GURU LAMA
Muar, Johor
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke