Tahun 2011 pelbagai masalah persekolahan yang timbul. Dengan isu Sekolah Tumpang, Sekolah Tak Siap-Siap, Sekolah Usang, Sekolah Daif, Sekolah Plaster, Yuran Naik, Harga Makan Kantin Sekolah Naik dan Sekarang Masalah Sekolah KABIN. Nampaknya Muhyiddin gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Pelajaran. Perlu ada usaha bersepadu desak Muhyiddin letak jawatan segera !
183 PELAJAR MANDI PELUH KETIKA BELAJAR Berita Harian 6 Dis 2010 Kabin zink terpaksa dijadikan kelas sementara JOHOR BAHRU: Seramai 183 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) di sini, terpaksa belajar dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa setiap hari kerana ditempatkan dalam lapan kabin yang dijadikan kelas sementara di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dekat sini. Keadaan itu dilalui pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat sejak kelas kabin itu digunakan mulai Januari tahun lalu. Kelas kabin terbabit terpaksa digunakan bagi menampung kekurangan kelas memandangkan SSeJB menumpang di sekolah itu sejak 2006. Tinjauan Berita Harian mendapati, bahang kabin yang digunakan pelajar sejak setahun lalu lebih terasa kerana silingnya rendah selain dinding dan siling diperbuat daripada zink. Difahamkan, pelajar SSeJB terpaksa menggunakan kelas kabin sehingga bangunan sekolah siap tahun ini, namun wujud masalah status tapak sekolah terbabit di Seri Alam, menyebabkan pembangunan sekolah belum bermula. Pelajar Tingkatan Tiga, Amirul Muaz, 14, yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, berkata kesejukan pada pagi boleh menyebabkan badan menggigil tetapi bermula 11.30 pagi hingga 2.15 petang, kabin berkenaan terasa bahang walaupun setiap kabin dilengkapi lapan kipas. “Kami boleh menahan panas, bagaimanapun kasihan apabila melihat guru mengandung bermandikan peluh kerana terlalu panas. Kami tidak pernah mengadu, namun sering menyatakan rasa bahang panas sesama sendiri,” katanya. Pelajar Tingkatan Dua, Mohd Shahfik Abdul Aziz, dari Puncak Alam, Kuala Selangor, berkata ramai antara mereka cepat lesu, letih dan mengantuk apabila cuaca dan persekitaran terlalu panas. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/183pelajarmandipeluhketikabelajar/Article PELBAGAI MASALAH SEKOLAH DI BAWAH INI : MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html SEKOLAH PLASTER, SATU LAGI KEJAYAAN UMNO BN http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-plaster-satu-lagi-kejayaan-umno.html MUHYIDDIN GAGAL SELESAI ISU SEKOLAH TUMPANG http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004 http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html BN GAGAL SELESAI MASALAH 300 SEKOLAH USANG, SEKOLAH TUMPANG http://amkns.blogspot.com/2011/01/bn-gagal-selesai-masalah-300-sekolah.html KLINIK BOT BERGERAK, ORANG SARAWAK NAK SEKOLAH LAH http://amkns.blogspot.com/2010/12/klinik-bot-bergerak-orang-sarawak-nak.html MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

