Kes demam malaria paling banyak di Jempol Utusan Malaysia 6 Jan 2010
JEMPOL 5 Jan. - Daerah ini mencatatkan kes malaria tertinggi di negeri ini melalui 56 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu. Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol, Datuk Mohd. Yusuf Yunus berkata, separuh daripada jumlah berkenaan membabitkan warga asing terutama Indonesia. ''Kebanyakan kes berkenaan melibatkan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia, yang diambil bekerja oleh peneroka Felda di ladang getah Felda Lui Selatan Satu dan Felda Lui Selatan Dua. ''Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut tiada kes kematian direkodkan, namun langkah berjaga-jaga harus diamalkan bagi mencegah penyakit ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan penghalau serangan (insect repellent) semasa berada di ladang getah serta mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami simptom demam. Mohd. Yusuf juga memberitahu, sepanjang tempoh sama, daerah ini turut melaporkan sebanyak 57 kes demam denggi termasuk tiga kes denggi berdarah. ''Antara lokasi yang mencatatkan kes denggi tertinggi adalah Taman Seri Serting (lima kes), Felda Raja Alias Dua (empat kes) dan Felda Raja Alias Empat (empat kes). ''Sepanjang tahun lalu, sebanyak 22,452 premis diperiksa di daerah ini dan daripada jumlah tersebut 646 premis menunjukkan tanda kewujudan pembiakan jentik-jentik," katanya. Jelasnya lagi, Pejabat Kesihatan daerah juga telah mengeluarkan 168 kompaun, 142 amaran dan 197 notis atas kesalahan tersebut. ''Sementara itu, 10 kes dibawa ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)," tambahnya. Dalam perkembangan lain, Mohd. Yusuf memberitahu, dari aspek kebersihan pengendali makanan, sebanyak 594 premis diperiksa di daerah ini sepanjang 2010. ''Daripada jumlah tersebut, 447 restoran, gerai dan premis penjaja diperiksa,hasilnya sebanyak 28 premis di arah untuk tutup akibat pengendalian makanan tidak selamat. ''Antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah tidak mengamalkan pengendalian makanan secara bersih serta tidak mendapatkan suntikan vaksin untuk demam tifoid," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

