Dari Blog PAS Kawasan Miri, Sarawak  

Tahun Baru 2011 Masalah Penduduk Sarawak Yang Miskin Belum 

Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sg.Beluboh.

Penduduk kampung Usaha Jaya Tukau menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan 
janji-janji mereka selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling 
nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampung tersebut. 

Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan raya yang sedia ada yang telah 
berturap hendak disambung penurapannya sampai ke hujung kampong. 

Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya menetap di situ dan ada 
yang masih belum mendapat grant tanah atau ‘Land title’ sedangkan projek-projek 
pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong 
tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan. 

Penduduk tempatan yang sudah bermastautin berpuluh puluh tahun di situ sukar 
sekali untuk mendapatkan tanah sendiri sebagai tapak perumahan.

Keadaan kampung tersebut masih jauh ketinggalan dari segi ‘infrastructure’ 
seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya 
dinikmati oleh penduduk kampong yang berada dalam sebuah bandaraya seperti 
Miri. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk 
memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? 

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang berlopak,tiada 
bekalan elektrik, dan bekalan air bersih untuk kegunaan harian untuk memasak, 
cuci pakaian dsbnya. 

Mereka terpaksa menggunakan air dari perigi yang masam dan air hujan yang di 
simpan dalam tong atau tangki. Bila musim tengkujuh mereka terpaksa mencari air 
dari anak sungai kerana air perigi menjadi kering . Ini boleh mendatangkan 
penyakit kepada mereka dan keluarga.

Cuba lihat, hayati dan amati gambar-gambar kedaifan dan kesusahan penduduk pada 
pautan berikut 
http://pas-miri.blogspot.com/2011/01/tahun-baru-2011-masalah-penduduk.html 

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH 
BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI 
PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT - UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke