Pengarah Pelajaran Johor ni hendak mempercepatkan lagi kejatuhan Umno BN ke? Apa dia tak nampak macam-macam masalah persekolahan seluruh Malaysia sekarang seperti laporan berikut SEKOLAH KABIN, UMNO BN GAGAL, MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html
Dari Blog Singalautmetro, January 6, 2011 SEDARLAH WAHAI PENGARAH PELAJARAN JOHOR: GAJI KAMU DIBAYAR RAKYAT BUKAN UNTUK BERKEMPEN POLITIK TENANG! WARKAH ini khusus buat Pengarah Pelajaran Johor, Wak Markom Giran yang telah tersebar videonya berkempen kepada guru-guru kaunselor di Johor dalam satu usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada pilihanraya kecil DUN Tenang, hujung bulan ini. Yang saya hormati wak Markom, tolonglah ingat gaji kita bukan dibayar oleh Barisan Nasional, tetapi dikutip dari duit rakyat. Oleh itu janganlah jawatan Pengarah Pelajaran Negeri ditukar menjadi Pengarah Kempen Barisan Nasional. Tolonglah. Atas nama Allah, kami rakyat yang tidak suka sikap begini, mohon hentikanlah perbuatan keji berkempen dengan meminta guru kaunselor berjumpa semua ibu bapa di 15 sekolah dalam DUN tenang agar menyokong dan sekaligus MEMASTIKAN kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil ini. Apakah wak amat berminat untuk menjadi ahli politik? Jika benar, bersara dan letaklah jawatan dan masuk Umno serta terus meminta diri untuk dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Sudah hilangkah pertimbangan wak sehingga membiar diri menjadi hamba politik yang hilang harga diri sebagai Pengarah Pendidikan yang sepatutnya lebih menumpukan hal-hal berkaitan pelajaran demi untuk rakyat di Johor. Tolonglah wak. Duduklah di tengah-tengah keadaan sebagai penjawat awam yang patuh pada kerajaan tetapi tidak boleh mencampuri hal politik dalam tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ingatlah wak. Rakyat menghalalkan gaji wak sebagai penjawat awam yang bebas dari politik dan bagaimana jadinya jika rakyat juga tidak menghalalkan gaji wak jika terkeluar daripada amanah yang dipertanggungjawabkan ini. Amat tidak betul jadinya Pengarah Pelajaran berkempen dalam nada 'memaksa' guru kaunselor sehingga tersasul dan sehingga sanggup menyanyi di atas pentas dan meminta guru kaunselor jangan tergigil-gigil melaksanakan tugas di luar amanah diberikan rakyat. Biarlah wak. Biarlah orang politik dengan orang politik. Penjawat awam apatah lagi yang berjawatan Pengarah Pelajaran negeri dengan tugas dan tanggungjawab yang hakiki. Tolonglah, sementera rakyat belum menyumpah. Video Markom Giran berkempen ini tersebar dan boleh dilihat dan didengar menerusi laman YouTube! Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/sedarlah-wahai-pengarah-pelajaran-johor.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

