Isteri Boleh Maaf Tapi Tak Boleh Lupa
Suami Boleh Lupa Tapi Tak Boleh Sebut Maaf
 
Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami mereka yang susah untuk 
menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun dengan jelas kesalahan 
dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai dikalangan wanita 
melebelkan orang lelaki ini sebagai EGO.
 
Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki 
zaman 
dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, 
musuh 
dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar 
meninggalkan 
keluarga untuk ke hutan menangkap binatang. Dia berfikir sendirian. Dia keluar 
dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan 
menunjukkan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau 
akan pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan oleh keluarganya untuk 
mendapatkan makanan.
 
Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah menebal di kepala orang lelaki. 
Sememangnya inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka 
kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kegagalan.
 
Kalau lelaki ini bersendiran memandu kereta dan dia sesat jalan, dia akan turun 
bertanya pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada 
orang lain yang bersamanya ketika itu, dia tidak akan turun bertanya pada orang 
lain. Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL. Kalau 
isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan 
dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia 
“tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia 
panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya 
sebagai 
dia GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini.
 
Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut “saya minta maaf” ialah binaan 
otak “monotrek”nya ini iaitu:
 
1.  Kurang perhubungan diantara sel emosinya di sebelah otak kanan dengan sel 
lisan di sebelah otak kirinya. Oleh itu amat sukar untuk dia menyuarakan 
kesilapannya.
 
2. Minda lelaki seperti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri 
disimpan di dalam kotak-kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa di 
mana dia letak kotak-kotak itu. Dia hanya ingat akan kotak-kotak yang berisi 
kejayaan dan kemenangannya sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah 
menceritakan kejayaannya daripada kegagalannya kepada orang lain. 

 
Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, 
kemaafan dan nasihat kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking” ini 
mampu 
melakukan pelbagai perkara serentak. Disebabkan hubungan jaringan sel 
sebeginilah, maka amat mudah bagi seorang isteri mengingat semua peristewa dan 
dengan cekap pula mengaitkan peristewa itu dengan isu dan emosinya.  

 
Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan unggapan “Abang minta maaf” 
daripada suaminya kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya dihormati 
dan 
terhubung jiwa dan raganya dengan suami itu.   

 
Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan 
orang perempuan ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat sebenar ialah 
pemenang berkata, “Aku menang” dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu 
kamu tahun depan pulak.”
 
Oleh itu, bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan suami seperti membasuh 
keretanya atau mengambil kain di penyidai sebagai ungkapan yang dia sedang 
meminta maaf kepada anda. 

 
Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta maaf” setiap kali isteri 
berkata, “Abang yang silap” kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah 
sayang dia kepada anda, walaupun anda tidak tahu apa kesalahan anda.
 
Selamat mencuba
 
Pak Utih Ahmad Shafiai Uda Jaafar
Pengerusi Dana SRAZ RM2Juta

Alhamdulillah, Bangunan Sekolah Rendah Al Azhar (SRAZ) Jitra FASA 1/2 yang 
baru, 
hampir 60% siap. Terima kasih di atas sumbangan dan doa antum yang berterusan 
selama ini. Untuk pecutan yang terakhir ini, kami memerlukan hanya lagi RM450K. 
Bangunan ini dijangka siap pada 15 Feb 2011 ini. Ana menyeru sekali lagi, 
marilah beramai-ramai kita menghulurkan apa yang termampu untuk selesaikan 
keperluan kami ini.
Masukkan terus sumbangan antum ke dalam akaun BIMB Cawangan Jitra bernombor 
02039010010310 atas nama "SEK RENDAH AL-AZHAR (TABUNG PEMBANGUNAN) sebelum 15 
Jan 2011 ini. Cepat jangan lambat..kami tunggu POWER.

[email protected]
http://www.pakutih.com
Mobile: 017 7272 307
Suami Memimpin Isteri Mengurus

Kirim email ke