Bimbang jejantas jadi sasaran penjenayah Utusan Malaysia 11 Jan 2011 KUALA LUMPUR 10 Jan. - Bimbang menjadi sasaran penjenayah adalah antara alasan utama yang diberikan oleh pejalan kaki yang enggan menggunakan jejantas untuk melintas jalan.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, orang ramai juga memberitahu, kewujudan papan iklan atau kain rentang yang menutup pandangan laluan jejantas menambahkan lagi kebimbangan pejalan kaki. "Beberapa bulan lalu, seorang guru tadika mati ditikam ketika melalui jejantas di Sungai Way. Insiden-insiden seperti ini menyebabkan pejalan kaki berasa takut untuk menggunakan jejantas. "Oleh itu, semua pihak berkuasa tempatan perlu menyelenggara jejantas dan mengambil langkah-langkah perlu supaya jejantas selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini. Lam Thye menambah, selain itu, orang ramai juga merungut tentang ketidakselesaan sewaktu menggunakan jejantas termasuk berbau busuk, dipenuhi sampah dan tiada lampu. Sehubungan itu, katanya, MCPF mencadangkan beberapa pendekatan ke arah memastikan laluan jejantas selamat dan selesa untuk digunakan. "MCPF meminta supaya semua jejantas kerap diselia, dibersihkan, dipasang lampu dan diselenggara dengan baik dan berjadual. "Selain itu, kita minta supaya PBT tidak mengeluarkan permit pemasangan papan tanda atau kain rentang yang boleh menutup pandangan laluan jejantas," jelasnya. Tambahnya lagi, rondaan secara rawak oleh pihak polis atau penguat kuasa lain juga diperlukan untuk memastikan laluan jejantas selamat digunakan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm CONTOH PUAK YANG TAK RETI BAHASA DI BAWAH INI : UMNO SALAHGUNA JEJANTAS DI SEREMBAN, BAHAYAKAN PELAJAR http://amkns.blogspot.com/2011/01/umno-salahguna-jejantas-di-seremban.html PAPAN IKLAN 1MALAYSIA DI SEREMBAN MEMBAHAYAKAN PELAJAR SEKOLAH http://amkns.blogspot.com/2011/01/papan-iklan-1malaysia-di-seremban.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

