Menangi pakej RM150,000 Kem Angkasa Eropah Utusan Malaysia 10 Jan 2011 KUALA LUMPUR - Pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara berpeluang untuk memenangi pakej RM150,000 penyertaan di Kem Angkasa Eropah melalui pertandingan mereka bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan anjuran bersama Space Tourism Society Malaysia Chapter (STS-MC) dan akhbar Utusan Malaysia.
Presiden STS-MC, Norul Ridzuan Zakaria berkata, kumpulan sepuluh pelajar dari sekolah yang memenangi pertandingan ini berpeluang untuk menikmati pakej melawat pelancongan angkasa dan mempelajari pembangunan industri pelancongan angkasa di Los Angeles, Amerika Syarikat. "Setiap sekolah akan memilih sepuluh wakil pelajar menyertai aktiviti mereka bentuk kapal terbang angkasa pelancongan suborbital Malaysia bersama dengan seorang guru penasihat. "Mereka akan mengunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan ilustrasi-ilustrasi kapal terbang angkasa berkenaan dalam tiga peringkat iaitu ilustrasi profil dua dimensi, tiga dimensi dan model berskala pameran," katanya. Menurut beliau, setiap sekolah akan menghasilkan ilustrasi profil dua dimensi kapal terbang angkasa pelancongan suborbital dengan parameter yang diberikan mengikut perspektif mereka. "Sepuluh ilustrasi yang berjaya memenangi pertandingan ini akan dipamerkan dan dipromosikan dalam bentuk persembahan slaid secara berterusan pada TV skrin rata di Pameran Pelancongan Angkasa Antarabangsa 2011 (ST2011) di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 28 hingga 29 April tahun ini. "Daripada sepuluh ilustrasi terbaik, hanya lima sahaja akan dipilih oleh wakil pejabat STS semasa Majlis Penganugerahan Orbit," katanya Selain itu, beliau berkata, kesemua ilustrasi pemenang pertandingan tersebut akan dibukukan dan diedarkan semasa Persidangan Agensi Angkasa Eropah di Paris, Perancis anjuran Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). Dalam pada itu, Norul Ridzuan memberitahu, pertandingan adalah terbuka untuk semua sekolah dan ia juga berdasarkan rancangan strategik untuk pembangunan pelancongan angkasa efektif di Malaysia dan kemampuan logistik STS-MC. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm Keratan akhbar Borang Penyertaan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/01/pertandingan-rekabentuk-kapal-angkasa.html Facebook Space Tourism Society Malaysia Chapter di http://www.facebook.com/STSMC Blog Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia di http://ikam-space.blogspot.com ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

