Kerajaan nafi hak pelajar miskin  

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan 
Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu 
yang sangat mengecewakan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya dilihat 
sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan BN kononnya ‘Rakyat 
didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] 
29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar RMT 
ditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya 12 Januari (semalam).

“Ini dilihat akan memberi kesan  kepada ribuan pelajar miskin yang berada di 
bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut,” ujarnya.

Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja 
menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan 
menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa 
depan mereka.

Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor-sektor 
lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan sanggup korbankan 
pelajar-pelajar miskin.

“Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana?

“Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara mengalami pertumbuhan 
ekonomi yang baik?” soalnya.

Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan 
berhubung perkara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30322:rmt-kerajaan-nafi-hak-pelajar-miskin&catid=1:utama&Itemid=50
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke