Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang 
Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan 
pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana 
pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan 
bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu 
dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju 
kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau 
menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada 
pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka 
adalah orang Isdlam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu 
dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan 
ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini 
adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai 
pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan 
pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan 
yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang 
menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di 
Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka 
menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di 
sini,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/153269 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke