Menteri-menteri kita kat Malaysia ni, bila buat sesuatu dasar tu, turun padang 
ke tidak, tengok keberkesanan dasar baru? Tuan-tuan dan puan-puan yang ada anak 
sekolah rendah dan hantar anak ke Kelas Agama Petang atau KAFA perasan ke tidak 
anak-anak kita sekarang ni pergi sekolah jam 6.30 pagi, balik rumah jam 6 
petang. Yang naik bas mungkin ada yang balik Maghrib, pergi sebelum Subuh.

Jangan nanti ada ibu bapa dan pelajar tidak hantar anak ke KAFA sebab dah 
terlalu lama masa di sekolah. Bila masa nak buat kerja sekolah di rumah? Bila 
masa nak ulangkaji? Bila masa nak bawa anak berjemaah Maghrib dan Isya di 
Surau? Bila masa nak ajar anak kemas baju, kemas tempat tidur? Bila masa 
aktiviti Koko di sekolah, atau cukup minum air koko je?

Apa menteri kita, terutama menteri yang jaga JAKIM tu, ada anak atau cucu yang 
pergi KAFA?

Rozmal bin Malakan, Seremban http://waghih.blogspot.com 


ELAUN TIDAK PADAN DENGAN BEBAN GURU KAFA
Utusan Malaysia 12 Jan 2011

Bermula tahun ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah 
dinaikkan kepada RM800 daripada RM500 sebelum ini. 

Namun apa yang amat dikesali oleh semua guru KAFA adalah sebelum tahun 2011, 
kelas KAFA hanya diadakan selama dua jam sehari dan tiga hari seminggu. Jumlah 
seminggu adalah enam jam.

Tetapi pada tahun ini, kelas KAFA telah dilanjutkan selama tiga jam sehari dan 
kelas diadakan selama lima hari seminggu. 

Dengan itu, tempoh waktu mengajar untuk seminggu adalah 15 jam. 

Elaun dinaikkan sebanyak RM300 sahaja, sedangkan masa mengajar meningkat lebih 
sekali ganda. 

Persoalannya, adakah elaun guru KAFA yang dinaikkan kepada RM800 itu memadai. 

Apa yang nyata elaun itu menunjukkan bahawa semua guru KAFA masih berada di 
bawah paras kemiskinan. Ini jelas jika dibandingkan dengan harga barangan yang 
telah meningkat berkali ganda sejak awal tahun 2011.

Saya yang mewakili suara guru KAFA menggesa pihak kerajaan agar lebih prihatin 
dan dapat menambah lagi elaun guru KAFA agar berbaloi dengan peningkatan tempoh 
mengajar daripada enam jam kepada 15 jam seminggu.

Semoga harapan kami untuk mendidik anak bangsa tidak akan luntur selama-lamanya.

GURU KAFA 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke