Kembalilah kita semua pada Islam. Perkukuhkan institusi keluarga, masyarakat 
dan masjid. Hanya itulah sahaja jalan penyelesaian. Janganlah kita hidup 
sendiri sendiri. Hari ini Jumaat 14 Jan 2011 pelbagai berita sedih, ibu tunggal 
bunuh diri kerana kesusahan, susah dari segi kewangan dan iman. 3 kes sakit 
mental, bunuh diri di bawah ini dalam Harian Metro 14 Jan 2011. Tolonglah baca, 
dan perhatikan keadaan sekeliling kita. Bantulah apa yang boleh, paling tidak 
doakan untuk mereka yang kesusahan agar dipermudahkan urusan mereka, dunia dan 
akhirat.

Berkali-kali saya ulas isu bunuh diri sebelum ini. 11.3 peratus rakyat Malaysia 
sakit mental, atau hampir 3.3 juta orang rakyat kita sakit mental dengan 50,000 
kes cuba bunuh diri setahun, ulasan lanjut di 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 

BUKTI SUSAHNYA CARI KERJA DI NEGARA INI: IBU TUNGGAL BUNUH DIRI! 
Dari Blog Singalautmetro

KITA masih bermain dengan kata-kata retorik. Masih lagi. Masih lagi bermain 
kata-kata retorik konon negara mencipta peluang pekerjaan berpuluh ribu malah 
beratus ribu.

Ya..pemimpin-pemimpin kita telah sempurna menjadi pemain kata-kata yang amat 
manis, muluk dan merdu didendang setiap kali mahu menutup realiti kesusahan 
rakyat di negara ini.

Pemimpin kita selalu sahaja menjulang dua tangan ke udara seolah-olah mampu 
mencapai awan. Pemimpin kita sering sahaja gegarkan suara mereka menerjah 
angkasa, biar rakyat tahu konon negara ini amat bahagia dan tidak ada orang 
susah atau sengsara.

Pagi hening ini marilah kita renung dan hayati sebuah kisah tragis ibu tunggal 
di Ledang, Johor. Marilah, kita renung kisah ini dan sambil merenung kisah ini 
pemimpin kita tidak perlu berhenti bermain kata-kata retorik. Lihat 
kesengsaraan wanita ini. Sambil bermain kata retorik kita renung nasib malang 
wanita beranak tiga ini.

Mangsa berusia 41 tahun akhirnya memilih jalan meminum racun untuk menamatkan 
dukacitanya. Dia memberitahu kawan-kawannya, dirinya amat tertekan kerana 
terlalu sukar mencari pekerjaan kerana usianya telah lanjut dan tidak mempunyai 
pengalaman bekerja.

Sejak ditinggalkan suami, dia terpaksa menyara tiga anaknya melakukan kerja bak 
kais pagi makan pagi. Dia perlukan pekerjaan yang lebih baik tetapi katanya, 
susah sangat dia memperolehi pekerjaan di negara ini! Susah betul. Betul-betul 
susah!

Mangsa tinggal berjauhan daripada keluarganya akhirnya memilih jalan singkat. 
Dia telah pun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, 
Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pihaknya menerima 
laporan kematian wanita itu jam 1.30 tengah hari Isnin lalu.

Apakah kita masih mahu bermain retorik, tidak mahu turun ke padang menjengah 
kehidupan rakyat yang melarat dan bangsat?

LAPORAN BERITA ADA DI DALAM HARIAN METRO
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/bukti-susahnya-cari-kerja-di-negara-ini.html
 

WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN
Harian Metro 14 Jan 2011

LEDANG: Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri 
dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan 
supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia 
ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, 
meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga 
jam selepas dimasukkan ke hospital itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang tertekan 
selepas berpisah dengan suaminya kira-kira enam tahun lalu dan terpaksa menyara 
tiga anak bersekolah mengambil jalan singkat dengan meneguk racun rumpai jenis 
Paraquat.

Bagaimanapun, dia dikatakan menyesal selepas meneguk racun itu sebelum 
menelefon seorang rakan dan merayu supaya segera dihantar ke pusat rawatan 
berhampiran.

Difahamkan, mangsa sempat berbual dengan rakannya selepas minum racun 
menceritakan tekanan hidup yang dihadapi sejak bercerai dengan suaminya 
beberapa tahun lalu.

Ibu tunggal terbabit menyuarakan kesukarannya hidupnya mencari pekerjaan lebih 
baik kerana usianya yang lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Mangsa yang tinggal berjauhan dengan keluarganya itu hidup bersama tiga anak 
remaja berusia belasan tahun sejak ditinggalkan suami.

Difahamkan, dalam perjalanan ke hospital mangsa mengaku menyesal minum racun.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Hospital mangsa tidak sedarkan diri selain 
mulutnya berbuih.

Mangsa gagal diselamatkira-kira tiga jam selepas rawatan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubung menerima 
laporan kematian wanita terbabit kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitatertekantegukracun/Article/index_html
 

JERUT LEHER SENDIRI
Harian Metro 14 Jan 2011

ROMPIN: Akibat menghadapi tekanan mental, seorang lelaki nekad menjerut 
lehernya sendiri dengan menggunakan tali sehingga maut dalam kejadian di 
Kampung Janglau, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 25 tahun ditemui 
tidak sedarkan diri oleh ibu bapanya yang pulang dari Kuala Rompin sebelum 
bergegas menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Rompin.

Sebelum kejadian, mangsa yang tinggal berseorangan kerana ibu bapanya keluar 
membeli barang, mengambil tali dan menjerut leher sebelum menggantungkan diri 
dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ibu bapa 
mangsa terkejut menemui mangsa dalam keadaan tergantung dalam bilik dan sudah 
tidak sedarkan diri sebelum membuka jerutan tali berkenaan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jerutlehersendiri/Article/index_html 

IBU ALAMI TEKANAN JIWA
Harian Metro 14 Jan 2011

KUALA LUMPUR: Ibu yang dipercayai mendera anak lelakinya berusia lapan tahun 
hingga maut dua hari lalu diarah menerima rawatan psikologi dan kaunseling di 
Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, wanita berusia 30-an itu perlu menerima rawatan berkenaan selepas 
siasatan polis mendapati dia mengalami tekanan jiwa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata ibu 
mangsa mengalami tekanan kerana terpaksa bekerja dan menjaga kanak-kanak itu 
sendirian.

“Hasil siasatan juga mendapati suami wanita terbabit bekerja di luar negara dan 
tidak pernah mengirimkan wang untuk menyara mereka dua beranak.

“Berikutan itu, wanita terbabit bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya 
dan memberhentikan persekolahan anak tunggalnya itu,” katanya ketika sidang 
media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Menurutnya, wanita itu mendakwa kesan lecur pada badan anak lelakinya itu 
akibat tertumpah air panas.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia petang semalam (kelmarin). Laporan 
bedah siasat mendapati budak itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam 
darah,” katanya.

Chin Wah berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Kanak-kanak dan kertas 
siasatan sudah dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun 
yang dipercayai menjadi mangsa dera ibunya meninggal dunia di Hospital Ampang, 
di sini, petang semalam.
http://www.hmetro.com.my/articles/Ibualamitekananjiwa/Article 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke