Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam adalah merupakan makanan yang popular di pantai timur khususnya di Terengganu dan Kelantan. Nasi Dagang Terengganu dan Nasi Dagang Kelantan ada kelainan citarasa yang tersendiri. Mereka yang inginkan citarasa Kelantan boleh didapati di gerai-gerai luar Pasar Ampangan, Seremban pada waktu pagi. Tetapi agak sukar mencari makanan citarasa Terengganu di Seremban.
Mereka yang ingin merasakan makanan citarasa Terengganu ini bolehlah berkunjung ke Kafetaria Terengganu di Taman Lavender Height, Senawang berhampiran dengan Hospital Pakar Senawang (Senawang Specialist Hospital). Ianya dibuka untuk makan pagi dan tengahari pada ketika ini. Mungkin elok setiap bandar di Malaysia ini diadakan tempat Little Terengganu, Little Kelantan, Little Negeri Sembilan dan seterusnya agar keunikan makanan setiap negeri itu terdapat di seluruh pelusuk Malaysia. Selamat Mencuba. Gambar Kafetaria Terengganu di Taman Lavender Height pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/01/keenakan-little-terengganu-di-seremban.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

