Dengan kos barang makin naik saban hari, siswazah sukar mendapat pekerjaan yang 
setaraf untuk mampu bayar hutang PTPTN. Masalah Perumahan Terbengkalai masih 
lagi berlaku, dan masih banyak, tetapi isu ini senyap sekarang. Rakyat yang 
rumah terbengkalai akan tetap susah , dulu, kini dan selamanya agaknya. Blog 
khusus perumahan terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com/ 

Masih terbengkalai 
Sinar Harian 15 Jan 2011 

REMBIA - Impian satu keluarga untuk memiliki sebuah kediaman selesa tidak 
kesampaian apabila rumahnya di Taman Rembia Utama fasa dua, dekat sini masih 
terbengkalai sejak enam tahun lalu. 

Lebih merunsingkan, pembeli rumah berkenaan turut terbeban kerana terpaksa 
membayar ansuran bulanan pinjaman bank sejak 2003. 

Pemilik, Bukhari Ibrahim, 46, berkata, sehingga kini, pemaju perumahan 
berkenaan tidak kelihatan untuk menjalankan usaha menyambung semula projek 
terbengkalai itu. 

“Harga rumah itu RM70,000 dan saya perlu membayar kepada pihak bank sebanyak 
RM495 sebulan. Tetapi, ia hanya tinggal angan-angan saja,” katanya yang 
merupakan seorang pesara tentera. 

Menurutnya, masalah terhadap projek pembinaan rumah terbabit bermula 2005 dan 
dia cuba mendapatkan penjelasan pihak pemaju perumahan yang beroperasi di Taman 
Melaka Raya, dekat sini. 

Namun, katanya, pemaju berjanji bahawa masalah itu hanya sementara. 

“Apabila menyedari projek pembinaan itu seperti terhenti, saya terus hubungi 
pemaju meminta penjelasan sebab bimbang. Pemaju kata masalah ini akan selesai 
dan pembinaan tetap diteruskan. 

“Namun, dari tahun ke tahun sehingga kini, pemaju perumahan tersebut masih 
memberi jawapan terhadap jaminan yang sama tetapi rumah masih belum siap. 
Pinjaman bank pula perlu dijelaskan setiap bulan,” katanya kepada Sinar Harian, 
di sini. 

Kini, Bukhari, isteri serta tiga anak berusia antara 10 hingga 17 tahun 
terpaksa menyewa sebuah rumah di taman berhampiran pada harga RM250 sebulan. 

“Harapan kami sekeluarga besar untuk menetap di rumah sendiri dengan selesa 
selepas saya bersara. Tidak sangka boleh jadi begini," katanya. 

Menurutnya, masalah itu pernah dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyelaras dan 
Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rembia, namun belum ada sebarang 
bentuk bantuan penyelesaian diambil pihak terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8624927.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke