Pulang tangan kosong 
Sinar Harian 15 Jan 2011 

LENGGENG – Setiap kali cuba berhubung dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia 
Negeri Sembilan (PBTMNS) memaklumkan masalah dihadapi suaminya, dia pastinya 
pulang dengan tangan kosong. 

Keadaan itu amat mengecewakan Rohani Ahmad, 68, menyebabkan dia kini sudah 
putus harapan untuk berhubung dengan persatuan itu, yang pada awalnya 
menjanjikan pelbagai manfaat kepada pesara tentera yang mendaftarkan diri 
sebagai ahli. 

Biarpun itu kisah lama, namun warga emas ini berkata, dia sudah penat untuk 
berulang-alik ke pejabat persatuan itu semata-mata mahu menceritakan 
penderitaan suaminya yang kini hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. 

“Suami saya pesara tentera dan dia sememangnya sudah lama jadi ahli persatuan. 
Dulu katanya jika ada apa-apa masalah dan perlukan bantuan, kita boleh datang 
mengadu tapi keadaan sebaliknya. 

“Waktu mula-mula suami saya sakit, saya selalu juga datang ke pejabat persatuan 
mengadu memohon bantuan. Namun alasannya kami ada dua orang anak yang boleh 
membantu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung 
Mendum dekat sini.

Rohani berkata, suaminya Hashim Taha, 82, tidak mampu berjalan disebabkan 
tulang sendinya patah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2000. 

Menurutnya, sejak itu suaminya hanya duduk di rumah dan memerlukan perhatian 
kerana dia tidak mampu menguruskan diri dengan baik, selain disahkan menghadapi 
masalah pendengaran sejak lima tahun lalu. 

“Kami tinggal berdua sahaja. Anak-anak sudah berumah tangga dan mereka pun ada 
kehidupan sendiri dan kami tidak mahu menyusahkan mereka. 

“Mujurlah ada pencen suami sebanyak RM720. Dengan duit itulah yang menjadi 
sumber pendapatan kami berdua,” katanya. 

Rohani berkata, segala kelengkapan seperti katil khas dan kerusi roda untuk 
kegunaan suaminya dibelinya sendiri kerana tiada sebarang bantuan diterima. 

Selain itu katanya, dia ada membuat permohonan mendapatkan bantuan sebanyak dua 
kali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ditolak dengan alasan 
dia mempunyai anak. 

“Saya sangat kecewa, setiap kali permohonan saya pasti tak dapat, sedangkan 
suami saya orang kurang upaya (OKU),” katanya. 

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8625096.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke