6,000 penduduk dihantui bau busuk
Utusan Malaysia 20 Jan 2011
 
MELAKA 19 Jan. - Masalah bau busuk yang menghantui lebih 6,000 penduduk sekitar 
Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam di sini sejak lebih setahun lalu 
bukan sahaja berpunca daripada air kumbahan dari sebuah loji rawatan di situ.

Siapa sangka, bau busuk itu juga rupa-rupanya terhasil daripada pelbagai sisa 
buangan kilang yang turut disalurkan ke loji rawatan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan loji tersebut tidak dapat melakukan proses rawatan 
kumbahan dengan sempurna, sekali gus mengeluarkan bau busuk kepada penduduk 
sekitarnya.

Pengarah Wilayah Selatan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Abdull 
Sukor Ismail berkata, pihaknya mengesan ada segelintir pengusaha kilang di 
kawasan perindustrian Taman Thamby Chik Karim mengambil jalan mudah untuk 
melupuskan sisa industri mereka.

"Selain kumbahan, ada kesan pembuangan sisa-sisa terlarang seperti lemak haiwan 
di dalam sistem paip kumbahan yang dipercayai dilakukan oleh segelintir 
pengusaha kilang di sini.

"Keadaan ini mengakibatkan kadar kepekatan air yang tinggi di loji rawatan 
kumbahan menyebabkan proses rawatan tidak dapat dilakukan dengan baik sekali 
gus mengeluarkan bau busuk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau masalah tersebut dan menyerbu beberapa 
buah kilang di taman perindustrian itu di sini hari ini.

Turut menyertai operasi itu ialah beberapa wakil daripada agensi berkaitan 
seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 
dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut Abdull Sukor berkata, loji rawatan kumbahan itu direka untuk 
menampung keperluan hampir 7,000 penduduk tetapi ketika ini kawasan itu hanya 
dihuni kira-kira 4,435 penduduk.

"Ini bermakna, ia masih boleh menampung keperluan rawatan kumbahan bagi 
kira-kira 2,500 penduduk lagi.

"Kami juga telah mengambil sampel air kumbahan daripada beberapa buah kilang 
bagi memastikan sama ada mereka terlibat atau tidak dalam kegiatan membuang 
sisa kilang ke loji tersebut," tegasnya.

Beliau menjelaskan, pembuangan sisa kilang telah menyebabkan kadar kepekatan 
air di loji rawatan kumbahan itu meningkat antara 100 peratus hingga 200 
peratus daripada kadar sepatutnya.

"Sebagai contoh, kadar Biological Oxygen Demand (BOD) di loji tersebut adalah 
250, tetapi BOD itu telah meningkat sehingga 815 sejak beberapa bulan lalu," 
katanya.

BOD merupakan ukuran untuk menentukan kandungan bahan organik di dalam air. 
Semakin tinggi kandungan bahan organik dalam sampel air, semakin tinggi nilai 
BOD itu.

Abdull Sukor dalam pada itu turut menegur sikap segelintir pengusaha kilang 
yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa buangan mereka dengan membuangnya ke 
dalam sistem paip kumbahan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
  



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke