Macamana Ahlong tak berleluasa, Umno BN pun dah ajar boleh gantung poster/kain 
rentang haram (tanpa permit). Beberapa contoh poster haram atau poster tanpa 
permit MPS milik Umno BN di Seremban pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/keselamatan-jejantas-umno-dan-pbt-tak.html 

********************** 
Imbuhan turunkan iklan haram di kawasan MPS
Utusan Malaysia 20 Jan 2011

SEREMBAN 19 Jan. - Isu pemasangan kain rentang serta poster yang tidak berlesen 
bagaikan tiada kesudahannya malah masalah itu terus merebak di kawasan 
perumahan di sekitar bandar ini.

Peniaga yang tidak mahu membayar permit iklan menawarkan apa sahaja jenis 
perkhidmatan untuk orang ramai termasuk pinjaman wang tidak berlesen. 

Untuk itu, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bercadang memberi imbuhan kepada 
mereka yang menurunkan poster haram di sekitar bandar ini dan kawasan perumahan 
masing-masing.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, perbincangan akan 
dijalankan bersama ahli majlis untuk menentukan kadar imbuhan yang sesuai bagi 
setiap poster yang diturunkan.

Malah katanya, setiap poster yang diturunkan akan dinilai sebagai bahan 
terbuang yang boleh dikitar semula.

''Untuk makluman setiap minggu kita akan menjalankan operasi pembersihan, 
malangnya jumlah poster haram akan bertambah dua kali ganda selepas diturunkan.

''Apa yang boleh dilakukan ialah meminta kerjasama daripada orang ramai untuk 
menurunkan dan menjualnya kepada kami," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN) berkata, banyak 
aduan diterima daripada orang ramai dan ada antaranya mendakwa pihak berkuasa 
tempatan (PBT) tidak menjalankan tugas.

''Di bawah pentadbiran majlis terdapat lebih daripada 250,000 unit rumah dan 
sukar untuk menjalankan operasi pembersihan sepenuhnya. Setiap minggu kami 
menurunkan kira-kira 1,000 poster tidak berpermit dan memerlukan kos yang 
tinggi untuk melakukannya.

''Apabila jumlah poster bertambah, perbelanjaan majlis turut meningkat. Lebih 
baik perbelanjaan ini digunakan untuk membayar orang ramai yang bekerjasama 
mengindahkan bandar ini dan perbelanjaannya jauh lebih kecil," katanya.

Justeru kata beliau, dengan adanya kerjasama dan penyertaan dari orang ramai 
untuk membantu, masalah itu dapat dikurangkan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
   



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke