Pada Khamis 20 Jan 2011 saya berkesempatan solat Asar di Masjid Taman Paroi 
Jaya, Seremban. Masjid ini baru lagi diperbesarkan serta dilengkapi dengan 
pelbagai kemudahan antaranya sistem penghawa dingin berpusat, sistem multimedia 
dan sebagainya. Masjid ini juga menggunakan plaster siling. Diperhatikan 
beberapa bahagian plaster silingnya terutama di saf belakang terdapat kesan 
tompokan air, dan ada plaster siling yang sudah mengelupas.

Kemungkinan air ini berpunca dari kebocoran atap atau pengewapan system 
penghawa dingin berpusat.

Pada pengamatan saya plaster siling dan T bar siling memerlukan penyenggeraan 
yang agak rumit jika berlaku sebarang kebocoran. Ianya tidak sesuai jika 
dipasang pada bangunan satu tingkat seperti masjid atau di mana ada kemungkinan 
ada kebocoran. Ianya lebih sesuai untuk bangunan tingkat bawah yang kurang 
risikon kebocoran.

Sistem T bar siling pula tidak sesuai digunakan pada atap terbuka , kerana 
risiko tiupan angin dan juga risiko kebocoran air.

Itu sebabnya kita selalu mendengar cerita siling runtuh yang kebanyakkan jika 
menggunakan plaster siling atau T bar siling. Sistem ini nampak cantik, tapi 
mahal serta kos penyenggeraan yang tinggi.

Justeru itu mana-mana pihak yang ingin menggunakan plaster siling atau plaster 
siling di surau, masjid, bangunan atau rumah fikirkanlah risiko tersebut.

Dalam pada itu mereka yang solat di Masjid Taman Paroi Jaya harap berhati-hati, 
cuba tengok-tengok siling di atas. Banyak ruangan solat di saf hadapan yang 
masih elok.

Gambar siling Masjid Taman Paroi Jaya Seremban pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/01/siling-masjid-paroi-jaya-seremban-boleh.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke