Vandalisma semakin menjadi-jadi di seluruh Malaysia. Menunjukkan ada yang tidak 
kena dengan masyarakat kita. Semua program untuk masyarakat sihat nampaknya 
gagal hinggakan papan tanda Rukun Tetangga di Taman Desa Dahlia, Senawang pun 
turut menjadi mangsa vandalisma. Mungkin kita perlu pendekatan yang diamalkan 
dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk mengatasi pelbagai kemelut di 
Malaysia sekarang ini, pendekatan berhemah, bijaksana, bukan geram, marah-marah.

Gambar papan tanda  tanda Rukun Tetangga di Taman Desa Dahlia menjadi mangsa 
vandalism pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/01/rukun-tetangga-pun-turut-diserang-tiada.html 

Khamis Januari 20, 2011 
AKTA BARU PERLU DIGUBAL UNTUK KAWAL VANDALISME - MCPF 

KUALA LUMPUR: Undang-undang baru dikenali sebagai Akta Vandalisme perlu digubal 
untuk menangani perbuatan merosakkan harta awam yang semakin meningkat di 
negara ini, kata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Naib pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, undang-udang baru itu 
perlumemperuntukkan denda lebih tinggi serta mewajibkan mereka yang disabitkan 
kesalahan, melakukan khidmat masyarakat.

"Ini boleh dibuat sekarang kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan, yang 
tidak membenarkan penggunaan buruh paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas," 
katanya dalam kenyataan, Khamis.

Bagi pesalah berulang, Akta ini perlu memperuntukkan hukuman penjara tidaklebih 
dua tahun serta sebat, tertakluk kepada Kanun Prosedur Jenayah, katanya.

Lee berkata, walaupun perbuatan merosakkan harta awam di Malaysia tidak seteruk 
seperti di kebanyakan negara Barat, namun ia tetap merupakan masalah serius 
yang perlu ditangani secara berkesan.

Katanya, undang-undang kecil vandalisme yang dikuatkuasakan pihak berkuasa 
tempatan ketika ini tidak memadai untuk menyelesaikan masalah itu.

Perosak harta awam sering menjadikan kemudaham awam seperti telefon awam, tong 
sampah, lif, meter parkir, pondok hentian bas, papan tanda dan tandas awam 
sebagai sasaran mereka, kata beliau.

"Memanglah telah dikenal pasti bahawa perbuatan merosakkan harta awam 
perluditangani melalui pendidikan, penerapan nilai murni, tanggungjawab sosial 
dankesedaran sivik.

"Tetapi, pendidikan semata-mata tidak mencukupi, ia perlu disokong oleh 
undang-undang ketat serta penguatkasaan secara tegas," kata Lee. - BERNAMA 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/20/mstar_berita/20110120121603&sec=mstar_berita
   




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke