Kalau judi tanpa lesen, namanya judi haram. Kalau judi ada lesen, judi
(budak-budak pun pening kepala halal ke haram judi ada lesen). Kalau lumba di
jalanraya, lumba haram. Kalau lumba di litar lumba. Kalau ceramah tanpa tauliah
penceramah …. Kalau ceramah ada tauliah namanya penceramah. Kalau pegawai
pencegah maksiat tanpa tauliah nak panggil apa, Pegawai Pencegah Maksiat Haram
atau Pegawai Haram Pencegah Maksiat?
Khamis 20 Jan 2011, jam 8.55 pagi, saya baru nak masuk kereta nak pergi surau
ada gotong royong, lepas tu nak pergi Pasti ada program cuci kereta amal.
Telefon bimbit berbunyi, kelam kabut pemanggil, ada kes khalwat malam tadi. Di
syakki si lelaki tidur rumah perempuan di taman perumahan kami.
Sekarang tengah kecoh, dia minta saya datang. Pergilah ke rumah dimaksudkan
seorang diri. Lelaki dah cabut lari. Perempuan dalam rumah, tengah berkemas
untuk berpindah terus dari taman. Saya lelaki seorang diri, yang lain suri-suri
rumah. Telefon teman-teman semua ada hal. Nak telefon polis atau pegawai
pencegah maksiat tak tahu hujung pangkal cerita.
Dikhabarkan lelaki akan datang balik untuk bawa perempuan keluar terus dari
taman perumahan.
Memandangkan saya ini cuma orang Islam sahaja, bukannya Pegawai Pencegah
Maksiat, saya hanya boleh ambil butiran lelaki tadi sahajalah, dengan lemah
lembut. Nak kita kasar-kasar kita pun tak tahu hujung pangkal cerita. Menggigil
juga lelaki tadi, macamlah saya nak tangkap dan dakwa dia. Dia pun ceritalah
kerja dia, tinggal mana dan seterusnya. Saya hanya boleh nasihatkan jangan buat
hal lagi, dan dia pun kata memang takkan datang lagi sebab akan ke luar negeri
lepas ni.
Kesian tengok lelaki tadi. Moga-moga Allah beri dia hidayah agar kembali
mengamalkan Islam sepenuhnya.
Adakah saya Pegawai Pencegah Maksiat Haram atau Pegawai Amar Maaruf Haram?
Entahlah, pening kepala budak-budak sekarang dengan istilah Judi Haram, Lumba
Haram, Ustaz Tanpa Tauliah dan sebagainya, ada ke Judi Halal?
Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal selama-lamanya.
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/