Dah betul-betul parah keadaan mental rakyat Malaysia sekarang ni. Baru nak 
cadang buat kajian mental pelajar di sekolah menengah, guru di Sabah pula yang 
mengamuk melibas pedang samurai. Macamana pelajar, guru, rakyat Malaysia ni tak 
sakit mental dengan keadaan ekonomi yang tertekan, keadaan politik yang haru 
biru, gawat iman dan akidah. Kembalilah kepada Islam keseluruhannya. Hidup di 
dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal selama-lamanya.

Artikel Subjek Sakit Mental di Sekolah Menengah dengan 50,000 kes cuba bunuh 
diri setahun di Malaysia di 
http://waghih.blogspot.com/2011/01/subjek-sakit-mental-di-sekolah-menengah.html 

GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA
Berita Harian 20 Jan 2011

Hentakan pedang kejutkan penghuni tidur di kuarters guru 

KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk 
dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau 
Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada 
seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam 
kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi 
dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan 
pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau 
bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu. Dua belas 
guru lelaki terbabit mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, 
manakala dua guru wanita itu baru berpindah ke sekolah berkenaan. 

Saksi berkata, ketika kejadian kebanyakan guru di rumah dan kuarters diperbuat 
daripada papan itu nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada 
dinding dan pintu, selain pekikan lelaki mengamuk. 

“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat guru lelaki berusia 30 tahun 
mengamuk dengan melibas pedang samurai dan menghentak pedang ke dinding dan 
pintu rumah kawan saya. 

“Saya terus mengejutkan tiga rakan lain dan melompat keluar dari rumah papan 
setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke dalam hutan paya bakau. 
“Ketika menyelamatkan diri, saya nampak ada beberapa guru lain termasuk wanita 
turut melarikan diri ke dalam hutan. 

"Sebelum melarikan diri, ada seorang kawan saya sempat mengambil telefon bimbit 
dan menghubungi polis tetapi polis hanya tiba kira-kira jam 12 tengah hari. 

“Kami agak kecewa kerana polis dari Balai Polis Banggi di pekan Karakit hanya 
datang kira-kira 11 jam,” katanya ketika dihubungi di Pulau Banggi, semalam. 

Pulau Banggi dengan keluasan 432 kilometer (km) persegi adalah pulau terbesar 
di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat yang 
perjalanannya mengambil masa satu setengah jam. 

SK Sabur mempunyai 18 guru dan lima kakitangan sokongan, kebanyakan guru adalah 
dari Semenanjung, manakala jumlah muridnya ialah 190 orang. 

Saksi itu berkata, mereka hanya dapat keluar dari tempat persembunyian 
masing-masing selepas mendengar bunyi helikopter Unit Udara Polis Diraja 
Malaysia (PDRM) dan bot PDRM. 

Difahamkan, guru yang mengamuk itu berasal dari Ranau dan sudah berkahwin 
dengan wanita tempatan. Dia dikatakan mengajar di sekolah itu sejak lapan tahun 
lalu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, 
mengesahkan guru berkenaan ditahan di rumahnya tidak jauh dari sekolah, tengah 
hari kelmarin. 

"Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan kita turut merampas sebilah senjata 
tajam daripadanya,” katanya. 

Mengenai kelewatan anggota polis tiba di tempat kejadian, beliau berkata, angin 
kencang menyebabkan anggota dari Balai Polis Banggi terpaksa meredah ombak 
besar dan meminta bantuan Unit Udara PDRM.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurumengamuk_14rakanbersembunyidalampaya/Article
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke