Ada Duit Pergi Sekolah, Tak Ada Duit Pergi Kerja  
Oleh Suara Keadilan     

Setiap kali bermulanya sesi persekolah baru bermulalah keluhan ibu bapa 
berhubung yuran persekolahan anak mereka yang semakin meningkat saban tahun. 

“Ada duit pergi sekolah, tak ada duit pergi kerja” beginilah keadaan kanak 
–kanak kita yang tidak mampu membayar yuran persekolahan. 

Kami Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) amat kesal dengan peningkatan 
yuran persekolahan bagi sesi 2011. Ketika rakyat ditekan dengan beberapa siri 
kenaikan harga barangan pengguna, ia bertambah rumit lagi  dengan peningkatan 
yuran persekolahan awal tahun ini. 

 GMPP telah membuat kajian kenaikan yuran sekolah di beberapa Sekolah Rendah 
dan Menengah dan juga Tadika di sekitar negeri Selangor dan Perak. 

Kita dapati rata-rata Sekolah Rendah telah meningkatkan bayaran tambahan di 
antara RM35- RM40 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM26-RM28 bagi setiap 
pelajar. 

Pemansuhan yuran persekolahan RM4 oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini 
langsung tidak memberi  sebarang kesan kepada ibu bapa. Ini  bagaikan udang 
disebalik batu, sekarang pelajar dikenakan dengan pelbagai yuran tambahan yang 
berlipat ganda daripada yuran persekolahan RM4. 

Manakala bagi Sekolah Menengah pula, jumlah bayaran tambahan yang dikenakan 
juga adalah lebih besar dan berbeza-beza sekitar RM60 hingga RM80 dan ia tidak 
termasuk lagi yuran tahunan PIBG. 

Difahamkan terdapat sekolah yang menetapkan yuran PIBG lebih dari RM100. 
Mungkin bayaran tambahan ini satu perkara kecil bagi keluarga yang 
berpendapatan lebih RM4000 ke atas sebulan. Tetapi 1.3 juta rakyat Malaysia 
masih berpendapatan kurang dari RM700 sebulan, lebih rendah dari paras garis 
kemiskinan RM720. 

Bayangkan keadaan keluarga yang mempunyai anak di antara 3-5 orang yang masih 
bersekolah. 

Keadaan menjadi lebih teruk bagi ibu bapa yang mempunyai anak ke Tadika. Yuran 
pendaftaran sahaja sudah mencecah RM300-RM400 ia tidak termasuk yuran bulanan 
di antara RM50-RM100. 

Dianggarkan secara purata setiap ibu bapa perlu memperuntukkan tidak kurang 
RM300- RM400 untuk menyediakan keperluan lengkap bagi seorang anak mereka yang 
bersekolah dan ia bertambah mengikut tahap. 

 

 

DI BAWAH ADALAH PERBANDINGAN YURAN SEKOLAH  RENDAH ANTARA SEKOLAH BANTUAN 
KERAJAAN (SK)  &  BANTUAN MODAL  (SJKT & SJKC ) . Sila rujuk pautan berikut 
http://www.suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=783:ada-duit-pergi-sekolah-tak-ada-duit-pergi-kerja&catid=2:terkini&Itemid=2
 

Butiran di atas adalah hasil pemerhatian di sekolah-sekolah yang terletak di 
Perak, Pulau Pinang, Selangor & Kuala Lumpur. Bayaran tidak semestinya sama dan 
ia bergantung kepada sekolah berkenaan. Ibu bapa boleh memilih perkara yang 
perlu.(tapi kebanyakkan sekolah akan menyuruh ibu bapa bayar jumlah penuh 
seperti di atas) 

Kadar yuran yang dikenakan rata-ratanya seorang murid perlu membayar 
sebanyakRM100 – RM150 yang kian naik. Realitinya ibu bapa dipaksa untuk membuat 
bayaran dan sekiranya gagal berbuat demikian, anak-anak tidak diberi buku. 

Kebanyakkan ibu bapa yang berada dalam tahap miskin dan miskin tegar mengambil 
keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan desakan di sekolah. 
Ada pula ibu bapa yang rela menghantar anak mereka untuk bekerja daripada 
sekolah. 

Dalam konteks ini, ibu tunggal menjadi mangsa kerakusan BN kerana tidak berdaya 
untuk menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi.

Selain bebanan yuran persekolahan, kerajaan BN turut melenyapkankan beberapa 
insentif untuk murid secara senyap-senyap.

TAHUN 2011 :

1. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) adalah skim makanan percuma untuk pelajar 
miskin yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada RM400 atau 
pendapatan perkapita kurang daripada RM80. Setiap makanan RMT diperuntukkan 
RM1.80 sehari untuk murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 untuk Sabah, 
Sarawak dan Labuan.  Namun tahun 2011, kerajaan mengumumkan bahawa peruntukkan 
telah dikurangkan untuk RMT, rata-ratanya sekolah kerajaan yang mempunyai 
jumlah enrolmen murid seramai 300 orang, hanya 4 orang murid yang layak 
menerima RMT. Ada sekolah yang masih tidak membekalkan RMT melainkan menerima 
sumbangan dari PIBG mahupun guru-guru di sekolah berkenaan. Malah ada daerah 
yang mengesa ibu bapa pergi ke pejabat Penghulu Daerah untuk memohon bantuan 
RMT. 

2. KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) telah diganti dengan E-Kasih di 
mana ibu bapa perlu membuat permohonan di Pejabat Penghulu Daerah. Ibu bapa 
dari kawasan luar bandar yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 dan ibu 
bapa dari bandar dengan pendapatan kurang daripada RM1,500 layak menerima 
bantuan E-Kasih. Ini menambahkan lagi beban ibu bapa yang terpaksa mengambil 
cuti untuk pergi ke Pejabat Penhulu untuk membuat permohonan melalui online dan 
ramai ibu bapa tiada pengetahuan IT dan kemudahan internet untuk berbuat 
demikian. 

Sistem Pendidikan Malaysia,  dimana kanak-kanak sekolah dan ibubapa menjadi 
mangsa apabila Ahli Politik dan Menteri Pendidikan yang sentiasa bertukar 
polisi seperti bertukar pakaian. 

Negara kita mahu mewajibkan pendidikan tetapi ibubapa tidak mampu menyara  kos 
pendidikan yang semakin meningkat. 

Di negara pemerintahan Sosialis seperti Cuba dan Venezuela, Perlembagaan mereka 
memastikan pendidikan itu adalah satu hak dan adalah percuma. Percuma sehingga 
ke tahap Universiti. Itu adalah sebab negara itu boleh mencapai tahap 
pendidikan tinggi dan tahap celik huruf sebanyak 100%.

Di bawah strategi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Pelan 
Transformasi Ekonomi (ETP) pelbagai projek mega dicadangkan untuk menelan 
keuntungan yang berlipat ganda menggunakan platform kroni-kroni yang korup. 

Antara projek adalah :

• Pembinaan Istana baru di Jalan Dutayang menelan kos yang mencecah sehingga 
melebihi RM800 billion. 
• Projek Aliran Transit Massa ( MRT ) yang  menelan RM36 billion (ia hanya 
merangkumi kos pembinaan dan tidak termasuk kos pengambilan tanah) dan ia 
merupakan projek infrastruktur terbesar yang dijalankan di Malaysia. 
• Cadangan membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat  dengan anggaran kos      
RM 5 billion. 

Inilah bezakan sistem pendidikan kita dengan negara lain. Nampak canggih, 
nampak bergaya tetapi masih ada keciciran kanak-kanak, masih ada sekolah yang 
serba kekurangan, masih ada mereka yang tak mampu membiayai pendidikan 
anak-anak. Indah kata daripada rupa.

Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini. Wajarkah ibu bapa yang 
berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan mempunyai ramai tanggungan 
dipersalahkan? 

Sekiranya, kerajaan mengimplimentasikan akta gaji minima dan kekalkan pemberian 
subsidi untuk mengawal harga barang secara adil, nescaya keadaan sebegini tidak 
berulang. 

Namun, senario ini sememangnya diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk 
keuntungan dan kepentingan kroni semata-mata.


GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP) berpendirian bahawa:

1. Pendidikan adalah sesuatu yang perlu diberi secara percuma dan bukannya 
dibayar dengan wang semata-mata.
2. Yuran perlu dimansuhkan serta – merta.
3. Selaraskan semua sekolah supaya dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.


4. Pengangkutan, pakaian seragam  dan makanan percuma perlu disedikana untuk 
keluarga yang berpendapatan  kurang dari RM1,500.
5. Kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan yang diperolehi dari Petronas 
atau dan hasil kutipan cukai pendapatann dari korporat dan kapitalis gergasi 
untuk disalurkan dalam pendidikan.
6. Kekalkan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat.
7. Hentikan dengan segera projek-projek mega yang tidak menjaga kebajikan 
rakyat.

“ YURAN NAIK, SEMUA NAIK….

”YANG TURUN HANYA HUJAN DAN NILAI PENDIDIKAN”

Sumber : 
http://www.suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=783:ada-duit-pergi-sekolah-tak-ada-duit-pergi-kerja&catid=2:terkini&Itemid=2
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke